Pages

Sunday, August 8, 2010

Sungguh Frust Dengan Salah Satu Akhbar Berbahasa Inggeris


Lepas raya puasa nanti, perlawanan piala malaysia akan dimulakan. So pagi tadi beli le akhbar berbahasa inggeris untuk mengetahui lebih lanjut mengenai undian piala malaysia. Tapi yang paling frust, dalam bahagian sukan tak cerita langsung mengenai piala malaysia. Yang luar negara ada aja, macam english league dan macam-macam lagi.

Mengapa tak disiarkan berita bola sepak Malaysia. Adakah prestasi kita teruk sangat. Sama-samalah kita sebagai rakyat Malaysia memainkan peranan masing-masing sekadar yang mampu untuk menyemarakkan sukan tanah air. Dahulu kita memang bagus juga dalam soccer ni, tengok sekarang, Korea Selatan dan Jepun, mereka sudah mencapai taraf dunia.

Yang penting kat stadium tu ramai yang tengok macam salah sebuah negeri di pantai timur, ada aja game bola sepak, mesti penuh dengan penyokong, itu penting sebab hasil daripada tiket tu le dapat membayar gaji pemain. Apa pandangan anda?

11 comments:

Amir Izzat said...

salam,

oh ye ke? hurm.entah la..mungkin akhbar english tak pandang..huhu..

ha,pasal penyokong selalu penuh stadium..bagus bah.. sepertimana kata anda..nak bayar gaji pemain..jangan pula bila banyak penyokong dtg..disalah ertikan pula..(macam kes aritu)..hehe

walaubagaimanapun,FAM perlu memantapkan sukan bola sepak Malaysia.kan.

fnd said...

Akhbar melayu ada tulis ke

Nur Fannun said...

teruk sgt prestasi bola sepak malaysia..berthun lawan sekali je bru menang lwn dgn negara len..

yg peliknya stadium berlambak, pdg bola berlambak..tpi kalah..hairan..iskhh..

Anne said...

Anne jarang belek belah belakang s/khabar:). Apa2 pun, tak patut la akhbar tu tak siarkan.

eelobor said...

oh yeah.....setuju sangat2 stekmen tu

ardinihumaira said...

cam bias lak kan.. duk Malaysia taruk le cite Malaysia bebanyak sket. huhu

cikgu isza said...

tak minat bola tapi...
memang tak patut..
atau mungkin akhbar tu rasa tiada daya penariknya..
tapi.. kalau begitu.. memang tak patut...

Sharinginfoz said...

amir izzat: memang betul, diharap kepimpinan baru dapat buat something

fnd: sudah tentu, lebih daripada satu berita mengenai malaysia cup

Ashraq Salahuddin said...

banyak faktor...salah satunya, kewangan lah..bila duit tak cukup, maka promo pon suam2 je..even team yg hebat cam selangor pon masih ada lompang dalam stadium shah alam..

juz my 2 cents

www.life-around-research.blogspot.com

velasrizal said...

nk salahkan suat khabar pn xleh gak sbb ramai org mesia minat bola sepak omputih.. kena ikut majoriti la..

azzey said...

Sharinginfoz: sbg rakyat Malaysia....kitlah yg kene bagi sokongan kat pemain Malaysia sendiri...x kn nk hrpkan org putih tu yg support kita kan...