Memang betul Akta Keselamatan Dalam Negeri @ISA akan dimansuhkan. Begitulah ucapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Malaysia yang akan disambut esok, 16 September 2011.
"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus."
However, untuk mencegah keganasan dan jenayah, 2 undang-undang baru akan digubal. Di samping itu, Kerajaan akan memansuhkan Akta Buang Negeri dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dikaji semula dengan pembaharuan tahunan dihapuskan dan digantikan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Begitulah secara ringkas mengenai ucapan PM mengenai pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri @ISA dan Akta Buang Negeri serta lesen pembaharuan tahunan dihapuskan.
2 comments:
Okey la jugak tue....tapi prefer kalau diumumkan insentif atau usaha kerajaan untuk bantuk rakyat dengan beban kos sara hidup yang kian meningkat nie
jangan 2 akta yg baru tu same je fungsinya dgn ISA..
Post a Comment