Pages

Saturday, September 10, 2011

Berapa Kos Transfer Strata Title

Beberapa hari yang lepas terima surat daripada developer condo mengenai pindahmilik @transfer strata title. So hantar e-mail kepada abang ensem @sifu hartanah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai transfer strata title antara lain kos yang bakal dtanggung. Dengan pantas, abang ensem jawab melalui blog beliau, "Kos Guaman Bagi Pindahmilik Hakmilik Strata". Thanks a lot abang ensem untuk penerangan yang diberi.

Sebelum saya buat ringkasan mengenai kos transfer strata title, apa kata saya citer mengenai serba sedikit kandungan surat:
  • Boleh guna peguam asal yang menguruskan sale & purchase agreement, S&P (perjanjian jual beli) ataupun peguam yang peguam yang baru dilantik oleh pemaju

  • Transfer perlu dibuat dalam masa 12 bulan dari tarikh notis yang dikeluarkan oleh pemaju

  • Kalau gagal buat dalam masa 12 bulan, kena penalti tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM10,000

  • Kos penyimpanan sebanyak RM10 sehari dikenakan jika bagi penyimpanan strata title oleh pemaju selepas 12 bulan

  • Procedure bagi transfer juga disenaraikan bagi kemudahan pembeli @tuan punya hartanah
Jom kita tengok apa kata abang ensem mengenai pindahmilik hakmilik strata:
  • Dua kos yang bakal dikenakan iaitu "Legal Fees" dan "Disbursement Fees"

  • Bagi Legal Fees @berdasarkan harga hartanah yang dibeli dahulu
    • Caj sebanyak 1% akan dikenakan bagi RM150,000 yang pertama ;
    • RM850,000 yang berikutnya, 0.7% akan dikenakan ;
    • RM2 juta yang berikutnya o.6% ;
    • RM2 juta seterusnya 0.5% ;
    • RM2.5 juta terakhir, 0.4% dikenakan

      So kalau guna peguam yang sama semasa S&P dahulu dapat diskaun 50% tapi kalau peguam yang lain diskaun hanya 25%. So kalau peguam yang sama, let say harga hartanah RM170,000, legal fees adalah RM1,500 (RM150,000 X 0.01) + RM140 (RM20,000 X 0.007) = RM1,640. So lepas diskaun 50% jadilah RM820.

  • Bagi disbursement fees pula, ianya bergantung kepada peguam yakni tidak standard macam legal fees
Begitulah lebih kurang mengenai kos untuk transfer strata title di Malaysia. Nanti bila saya dah buat benda alah ni, saya akan share untuk maklumam semua. Selamat berstrata title semua.

5 comments:

Myvitrd said...

Alhamdulilah.. selamat aku sebab masa beli apartment hari tu strata dah keluar so terus transfer ke nama aku terus.. kalau tak mau banyak koje aku kena bayar kos lagi

AJ said...

fuhh..mahal juga rupanya nak transfer strata title ni ya? Umm..yang untungnya lawyer jugak...

amirah said...

memang agak tinggi kos nya...apa kata mintak diskaun sikit lagi dengan lawyer tu?

abang ensem said...

Alamak beb, aku bukannya sifu hartanah tapi 'biasa-biasa' je.

EPPD1063GA01278 said...

Assalammua'laikum, tumpang tanya sket....If kita dah penah re-finance rumah utk urusan strata ni kita buat melalui lawyer S&P or lawyer bank kita ek? Saya confuse dgn lawyer developer, lawyer bank & lawyer masa s&p