Pages

Sunday, August 7, 2011

Kemeriahan Pasar Tani Sabtu Taman Melawati

Macam-macam ada kat Pasar Tani di Taman Melawati yang boleh dilawati pada setiap hari Sabtu.

Semalam lebih kurang kul 7.30 pagi pi le sini. Memang menjadi tumpuan semua terutamanya yang ingin membeli barangan basah. Kalau tak silap dari pukul 4.00 pagi dah ada, maybe setelah ikan diambil kat pantai terus jual kat sini.

Tengoklah ikan merah ni, memang setelah masak sodap rasanya.

Ikan siakap pun ada. Harganya quite berpatutan dan yang penting ianya sangat segar.

So boleh suruh disiang dan dipotong. Just balik rumah cuma cuci dan masukkan dalam peti sejuk.

Udang ni memang besar gak, RM10 sepinggan.

Ayam RM8 sekilo. Kalau tak silap tahun lepas harganya tak sampai pun RM6 sekilo. Semuanya mahal kan. Kalau seekor lebih kurang RM13-RM15. Yang penting diaorang buang kulit dan potong terus. Senang bukan.

Sayur-sayuran memang sudah semestinya. Takkan nak makan lauk aja.

Telur pun ada! Memang cukup lengkap le kat pasar tani Taman Melawati ini. By the way, petang tempat ini untuk pasar malam pula. Kalau hari bekerja ianya dijadikan tempat parking.

Bahan semua ada tapi rempahnya? Jangan risau, kan saya cakap semua ada kat sini.

Terasa nak makan ikan kering @masin le. Baru selera ada nak makan.

Kan sekarang ni puasa, sudah tentu nak kan kurma. Macam-macam jenis kurma dan kismi ada.

Tak sah kalau makan tanpa buah. Nak buah jus buah pun boleh. So kalau yang dok berdekatan dengan Taman Melawati, jangan lupa singgah-singgah le tempat ini ya.

18 comments:

eelobor said...

macam astro.....macam2 ader

Ayie said...

terbaik.. hehe

Myvitrd said...

kalau nak beli semua ni.. mau kena bawa lori bro.. hehehe

faiz said...

semua ade..mmg memudahkan org lain..

Noriz sini.. said...

wah, dah mcm jurucakap pasar tani lak gaya promote...hihi

senang kan semua ada....selesa je..

hazman aka species1980 said...

hurmm... lepas nei boleh terjah bazar ramadhan pulak....

M@M@ SH@RIDZ said...

best... jimat masa yer....

relevan said...

Senang nak beli dan belah...

velasrizal said...

kt tmn melati ari ahad tp bkn pasar tani rasanya

JMR said...

lama giler tak gi pasar tani..skang ni pegi bazar ramadan je..pon mcm2 ada gk..hehehe

zati embong said...

ni mmg mcm2 ada ni.hihi

miss nina said...

saya suka tgk rempah ratus tu, mujur berlabel. senang nak cari

afiqazizan said...

senang citer..macam2 ade lah kan..lagi2 barang dapur..(:

Awan Fantasia said...

memang meriah sungguh noh..tapi bersesak2 memang benda yang aku paling tak suka..

Entry Terkini :
Bersama DRAMA BAND......!!
Motor Masa Depan Yang Bergaya !!

Ardini Humaira said...

besnye kan g bazar. sonok tengok macam2 ado tapi nasib baik tak beli juadah banyak2 ehehe

Bro ahmad said...

cukup meriah..banyak bahan basah hmm

KiD said...

macam macam ada bro.. sediakan duit aje.. hehehee

miss t said...

Nmpk bersih.. best