Pages

Friday, August 5, 2011

Pasaran Saham Amerika Syarikat MenjunamLebih 500 Mata

credit: CNBC

Pasaran saham di negara Amerika Syarikat jatuh dengan teruk pada sesi penutup semalam, 4 Ogos 2011 akibat kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi dunia. Index DJIA menjunam lebih 500 mata dan kali terakhir ianya jatuh lebih 500 mata adalah pada bulan Disember 2008.

Kemungkinan besar kejatuhan pasaran saham di Amerika Syarikat akan memberi kesan yang sama di pasaran saham di Asia hari ini termasuk Bursa. So kejatuhan ini memberi kesan kepada pelabur-pelabur sama ada melabur direct ataupun memberi unit trust. Sama ada ianya berterusan atau tidak, sukar untuk diramalkan. Tetapi ada mungkin ianya memberi peluang untk membeli pada harga yang rendah.

Apa-apa pun, seperti yang saya selalu cakap, nak buat sesuatu perkara termasuk dengan perkara-perkara yang melibatkan dengan pelaburan perlu mempunyai pengetahuan, tidak hanya mengikut orang lain.

So macam mana dengan EMAS? Pada kebiasaannya, ketidaktentuan ekonomi dan kewangan dunia akan memberi kesan yang positif tetapi semalam, harga emas didaangkan negetif disebabkan pelabur mengambil untuk bagi cover kerugian di dalam pasaran saham.

Emas turun 0.6% kepada USD1,650.80 per auns tetapi semasa saya tulis entri ini, ianya naik kembali kepada USD1,659 untuk satu auns.

6 comments:

KiD said...

inilah saham.. naik turun.. aku pun tak faham.. hhehe

eelobor said...

baca 14-15 kali pun tak paham gak kawan pasal2 indeks saham nie.... hihihi

lagenda said...

Tu lah mcm mak ckp smlm. Bg pemegang pelaburan saham, mmg seronok bila harga emas melonjak naik..tp pd masa yg sama, ia memberikan kita 'isyarat' yg lain..

Noriz sini.. said...

dunia akhir zaman, kejatuhan US..
sbb freemason dah kuar dr sana kan...

gr@wn said...

bahayanya main saham sekarang ni. X stabil.

JMR said...

org ckp,kalo nak untung byk, beli saham masa jatuh..camano tu?:-p