Pages

Monday, August 8, 2011

Harga Emas KFH Naik 3.8% Bulan Julai 2011

Sekarang ini ekonomi dan kewangan dunia tidak menentu dan the latest ialah hutang negara Amerika Syarikat telah diturunkan kepada AA+ jika dibandingkan dengan AAA sebelum ini. Jom kita tengok mengenai prestasi harga emas KFH bagi bulan Julai 2011. Harga jualan pada 30 Jun 2011 adalah RM152.52 per gram dan melonjak kepada RM158.39 pada hujung bulan Julai 2011. Kenaikan ini adalah sebanyak 3.8% untuk satu bulan.

Bagi Januari 2011 sehingga Julai 2011, ianya menokok sebanyak 10.6%. Mengikut trend sekarang ianya masih dalam keadaan menaik.

Jom kita tengok apakah peningkatan sebenar emas KFH setelah diambil kira spread (perbezaan harga jualan dan belian). Pada tempoh 7 bulan dalam tahun 2011, jika pelabur membeli emas pada 3 Januari 2011, harganya adalah sebanyak RM143.20 untuk satu gram dan menjualnya pada hujung bulan Julai 2011, harganya adalah RM150.30. Peningkatan ini adalah 4.96% or 8.50% jika kita kira secara tahunan. Apa-apa pun, sebelum beli emas, kena faham betul-betul ya dan buat kajian terlebih dahulu. Untuk harga emas terkini KFH, jom tengok.

Semasa entri ini ditulis, harga emas naik mendadak melebihi 2.0% dan menghampiri USD1,700 per auns mengikut data from CNBC.

6 comments:

Ardini Humaira said...

dni beli hujung bulan 12 hari tu cincin tunang... p cari hantaran kawen bulan 6, dah naik... phewww...

eelobor said...

banyak untung sape ada melabur dalam emas nih

nurayunni said...

makin naik??adoii..

Geng Borak said...

naik dan naik lagi...

Unknown said...

dah beli awal tahun ituhari 135.00 1 gram sekarang dah capai 160.00 kan dah lama tak cek harga emas,

Unknown said...

rajin tul abg.Nik kaji KFH ni kan...mesti berketul2 beli emas dia kan...hoho, kayooo...