Pages

Wednesday, August 10, 2011

Kijang Emas Habis Stock di Kuala Lumpur?

Semalam mengikut Business Times, beberapa cawangan Maybank di Kuala Lumpur sudah habis stock syiling Kijang Emas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Ini disebabkan orang ramai mengambil peluang untuk membeli Kijang Emas terutamanya apabila harga emas di pasaran dunia semakin meningkat lately.

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Bank Negara, harga jualan emas 1/4 auns adalah:
  • 8.8.2008: RM786

  • 8.8.2011: RM1,393
Peningkatan adalah sebanyak RM607 ataupun 77.2% dalam masa 3 tahun. Setelah mengambil kira spread (perbezaan harga jualan dan belian, kenaikan sebenar adalah RM1,290 vs RM786 iaitu 64.1%. Kalau kita puratakan, ianya bersamaan dengan 21.4% setahun. Wow, memang cukup tinggi. Tetapi ingat prestasi lepas tidak menjamin masa depan.

Mengikut Persekutuan Tukang Emas dan Persatuan Barang Kemas Malaysia (PTEPBKM), harga runcit yang disarankan pada 9 Ogos 2011 bagi emas 916 adalah RM190 untuk satu gram. Kesian pada yang bakal melangsungkan perkahwinan sebab nanti barang-barang kemas akan bertambah mahal. Bagi yang mempunyai banyak emas, memang untung le.

13 comments:

Myvitrd said...

siapa yang ada sekilo tu memang jutawanlah ye.. hehehe

Anonymous said...

beraso nak main emas la pulokkk

eelobor said...

sape ada buat simpanan emas dah pasti kena keluarkan zakat....

rasp said...

nie yg org tua i dok pesan, "ada duit lebih tu, beli je le barang kemas *emas kuning* utk masa depan gak tu" satu pelaburan gitu kan....

Geng Borak said...

waaahhh.. laku habis yea... @myvitrd, nak beli sekilo gak ke? giler masyuuukkkkk.. hehehee

amirah said...

sape yg ada byk memang kayo ler

icee-yah said...

uih..memang mahal..sian lelaki kan nak kena beli brg kemas time nak kahwin tu bukan 1,bukn 2,maybe 3 kot.comfirm pokai nant:)

miss nina said...

ada seseorang (perunding takaful-investment) pernah bagitau saya tips ni, beli emas dalam awal tahun , ie: mac, jangan beli selepas ogos.

Fiza Rahman said...

Rugi tak beli emas masa tgh murah dulu.

Unknown said...

adakah krisis hutang amerika bawa kesan pada harga emas..mau naik lagi tinggi ni !!

Unknown said...

kalau sya jual stok emas sya ni masyukkk arrr...hihi

Unknown said...

kalau pandai meramal boleh kaya ni :)

Anne said...

Org dulu2 byk emas kan..