Pages

Saturday, August 20, 2011

Jom Berbuka Puasa di Nandos @Jusco Wangsa Maju

Hari tu ada baca entry ni blog eyriqazz mengenai "Berbuka puasa di Nando's, Jusco Wangsa Maju". So apa lagi kitaorang pun pi le usha-usha kat sana. Buat tempahan awal senang sikit, kalau tak memang penuh le, maklumlah ramai nak berbuka, kat mana-mana pun penuh. Masih teringat baru-baru ini berbuka dalam kereta.

Macam biasa berbuka berempat tapi Danish tak makan benda alah macam ni, so belilah MCD untuk dia. Jom kita tengok menu apa yang kitaorang cuba kali ini.

Yang ni ialah 1/4 chicken yang paling tak pedas, entah lupa le. Ambil bahagian dada. Ianya didatangkan dengan 2 side dishes, corn dan peri chips @RM15.90 per set.

Actually Afiqah sebenarnya nak makan kat Chicken Rice Shop (CRS) tapi asyik makan kat sana rasa macam tak lalu le pula, so bila tunjuk tulisan eyriqazz dan ada gambar corn, terus tak jadi makan CRS.

Yang ni pun 1/4 chicken tapi yang sederhana pedas. Actually tak ada le pedas sangat. Nak pedas tambahlah cili kat atas tu. Yang ni dengan corn dan coleslaw. Actually benda alah coleslaw tu tak berapa sedap, maybe kat Kenny Rogers lagi sedap. Tapi ayamnya for me, memang superb. Tapi sesetengah orang rasa macam tak berapa sebab kat Kenny lagi lembut. Selera masing-masing kan.

Yang ni chicken kebab + 2 side dishes @RM15.90 juga. Ayam 4 cucuk, nampak sikit tapi bila makan memang kenyang. Kena pula dengan corn dan grilled vegetables memang mengancam betul.

Terlupa nak order nasi masa membuat tempahan, so masa tengah berbuka minta benda alah ni satu mangkuk medium @RM4.50 before 6% govt tax dan 10% surcharge. Nasi le macam pulut aja. Tapi rupanya macam nasi goreng aja. Tak sempat nak ambil gambar yang penuh semangkuk.

So ni le resitnya, jumlah semua RM73.70 termasuk dengan nasi tu. Ianya untuk 3 orang makan termasuk dengan 1 kanak-kanak. Ianya termasuk dengan air juga, free flow. So tambah le sampai 10 kali pun, actually dua tiga kali pun dah tak larat.

Secara keseluruhan OK gak, once in a while. Afiqah cakap nanti lain kali boleh datang lagi. Ianya lebih sedap jika dibandingkan dengan Kenny or CRS. Macam-macam le Afiqah, kalau sebelum ini, nak makan kat luar mesti CRS.

8 comments:

faiz said...

pernah rase sekali nandos ni..sos die xsedapkan..

Zura said...

penah makan sekali je..kat sini xde nandos..

KiD said...

sedap.. nandos sedap.. hari tu dah makan kat alamanda.. :)

afiqazizan said...

Tak pernah makan lagi kat nandos walaupun teringin nak makan kat nandos.

eelobor said...

masa awal puasa itu ari dah berbuka kat nandos sinih

anisalya said...

tak pernah cuba makan kat Nando's. banyak kali lalu tapi tak pernah tergerak nak singgah.
end up mesti ke KR jugak makan.

hazman aka species1980 said...

sesekali makan nando's okey jugak....tapi kena pandai pilih sos dia la kan...sebab ada yang jenis pedass sgt...

amirah said...

ish...teringin pulak bila nengok..ermm