Pages

Sunday, August 21, 2011

Keputusan dan Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris @20 Ogos 2011

Perlawanan bola sepakan Liga Perdana Inggeris sudah masuk ke perlawanan kedua. By the way, keputusan dan kedudukan terkini ini saya ambil from ESPN.

Keputusan terkini Liga Perdana Inggeris yang berlangsung semalam, 20 Ogos 2011:
  • Arsenal tewas 0-2 di tempat sendiri menentang Liverpool setelah pemain tengah Arsenal, Frimpong dilayangkan kad kuning kedua dan seterusnya dibuang padang. Keadaan Arsenal terus malang setelah bola terkena Ramsey dan melantun masuk gol sendiri. Pada akhir perlawanan Suarez yang nampaknya berada di dalam kedudukan offside menjaringkan gol untuk Liverpool. Nampaknya pembukaan yang tidak menarik untuk Arsenal bagi musim 2011-2012 setelah sebelum ini seri tanpa jaringan menentang Newcastle

  • Kelab yang dibeli oleh Tony Fernandes, QPR mendapat kemenangan di tempat lawan 0-1. Gol QPR dijaringkan oleh Tommy Smith pada separuh masa pertama

  • Chelsea menang dengan 2-1 di tempat sendiri lawan West Brom. Gol-gol Chelsea dihasilkan oleh Anelka dan Malouda. Manakala West Brom mendapat satu gol yang juga mendahului Chelsea pada minit ke-4 oleh Shane Long

Setelah minggu kedua, kedudukan terkini bagi tahun 2011 adalah:
  • Aston Villa, Liverpool, Chelsea dan Newcastle masing-masing mengumpul 4 mata daripada 2 perlawanan. Perlu diingat bahawa beberapa kelab belum lagi bermain untuk perlawanan kedua seperti Manchester United dan Manchester City.

  • Kita nantikan aksi yang lebih menarik Liga Perdana Inggeris musim 2011-2012, ini baru sahaja permulaan, masih banyak perlawanan bakal dilalui.

5 comments:

Geng Borak said...

yesss... arsenal kalah!!! yahooo!!! (jangan marah aar..)

zati embong said...

semalam jat berbuka kat luar,tp kena balik cpat2,sbbnya ofismate smngt nk tgk game arsenal liverpool.hihi.

velasrizal said...

lps ni sokong qpr lak lah

Ardini Humaira said...

dni duk jahit bantal arsenal. hehehe

Anonymous said...

Sorry bro..team liverpool fiq dah kalahkan team arsenal yang kau sokong bro..fiq harap arsenal akan bangkit dari permulaan yang kurang baik untuk musim baru ni..:)