Pages

Sunday, December 27, 2015

Candle Light Dinner di Flora Kafe Ampwalk

Semalam pi Flora Kafe di Ampwalk di Jalan Ampang untuk menikmati dinner.
Candle light dinner je. Kebetulan anak-anak tak ada rumah ikut grandma pi rumah adik ipar.Suasa kat sini memang tenang dengan alunan lagu yang sungguh sesuai.
Memang kedai ni penuh dengan bunga. Nama pun Flora Kafe. Actually ni first time pergi ke Ampwalk.
Actually masa pilih tempat di ada beberapa tempat lain dalam kotak fikiran i.e. Bora Ombak dan juga Thirty8. Tapi last-last pilih tempat ni. Maybe next time kita pi Bora Ombak ngan Thirty8 ya.
Anyway kami ambil makanan masakan Melayu.
Kalau ikutkan package ikan tu masak asam pedas tapi kitaorang tukar so dapatlah masak cili padi. Sedap juga masakan kat sini, memang portion dia banyak giler, I don't think boleh habiskan untuk dua orang. 
Pas tu ada kailan ikan masin.  
Sambal udang pun sodap, actually semua masakan kat sini sedap.
Ayam goreng berempah
Yang ni pun kitaorang tukar daripada daging masak kicap kepada sotong masak kicap.
Sagu ni santannya sedap cuma sagunya lembik aja macam nasi impit.
 Kek pun disediakan, tak ada le besar.
Semua sekali RM250. Sekali-sekala oklah. By the way, kami suruh diaorang tapau makanan yang tak dapat dihabiskan tu, oklah kan termasuk dengan kek tu. Ianya ada dalam fridge semasa article ni ditulis.
Nak tahu lebih lanjut mengenai package candle light dinner, boleh call manager diaorang di 012-207 0166 atau 012-620 2505. Whatsapp aja untuk buat tempahan. By the way, memang saya temopah tu last minute. Masa tu bayar deposit RM200 transfer terus ke akan CIMB Flora Kafe.
Boleh juga check facebook or instagram Flora Kafe.

5 comments:

mama tisya said...

Pernh mkn cni..mmg cantik decoration ngan bunga2 tu..kami order Ala Carter tp menunya xbrp dgn tekak.. Tgk pakej candlelight tu menarik jugak

zikri husaini said...

satu kelainanlah bagi aku... mahal pun takpa tapi berbaloi dengan apa yang kita dapat tuh

Hanie said...

deco kedai tu mmg cantik lah.... huhuhu

Nurhuda Ismail said...

cantik, tapi fulamakk haha skali skala xpe nama pon candle light dinner :P

Hami Asraff said...

Dah pernah makan sini. Best jugak makanan dia.