Pages

Sunday, January 3, 2016

Pengalaman Pertama Naik Rayani Air

Beberapa hari yang lepas saya buat pertama kali naik flight Rayani Air. Ianya bertolak dari KLIA2. By the way, sebelum ini saya ada tulis entry mengenai Rayani Air adalah syarikat penerbangan pertama di Malaysia berlandaskan syariah. Kebetulan saya dapat tiket yang berharga RM98 untuk pergi dan balik. Bagi kelas ekonomi, memang kita dapat peruntukan baggage sebanyak 20 kilo, so tak perlu risau le kalau nak bawa barang-barang.
Urusan check-in boleh dibuat di kaunter S12-S16 di KLIA2. Untuk pengetahuan, pada waktu ini memang check-in melalui internet belum ada lagi, so make sure check-in before 1 jam sebelum berlepas, kalau tak memang tak dapatlah nak terbang ya.
Ni saya ambil boarding pass from Airport di Kelantan. Check-in kat sana paling lewat 45 minit sebelum berlepas.
Sempat saya minta untuk ambil gambar pramugari Rayani Air sebelum keluar daripada flight baru-baru ini. 
Kapal terbang Rayani Air ni dibeli daripada MAS. So masih kekalkan kerusi warna-warni ya. By the way, sebelum takeoff, doa untuk memulakan perjalanan dibaca. So kita amin ramai-ramai ya.  
Dah OK semua, cabin crew akan bawa troli untuk bagi snack. Makanan nak minuman ringan pun ada dijual dalam flight tapi bukan macam Airasia le ada nasi, bihun dan sandwich. Kat Rayani Air makanan ringan aja ya.
So setiap orang dapatlah sekotak snack. Jom kita tengok apa ada dalam tu.
Oppsss before that, kotak kat bahagian belakang tu ada sudoku. Yang ni yang 4 nombor je, senang bukan.
Dalam kotak tu ada muffin (sedap), kacang dan juga jus epal. Oklah kan, kalau naik bas pun lebih kurang aja harga kan.
Rayani Air ni bukan flight tambang murah ya. Jom kita tengok ada lagi ke harga murah untuk penerbangan. Kalau nak balik weekend 23 Januari nanti bolehlah dapat dengan harga RM70 dan balik pula hari Ahad dengan harga RM80. So pergi balik dalam RM150. Apa lagi jom le cuba.

6 comments:

Luqman Zakaria said...

Best nih..bolehlah balik kelantan selalu..kihkih

mama tisya said...

oh rayani ni bli dr MAS ptt seat die mcm biasa tgk kalo naik MAS...murah juga tambangnye

JMR said...

boleh jadi alternatif ganti naik bus/drive ni kan.

CIK TOM said...

okay jgk harga tu..lebih krg naik bas jgk..
comel pramugari..nmpk sopan..

Cik Lily Putih said...

murah jugak ek tambangnye

Unknown said...

nak ajak husband la try kapal terbang nih.