Pages

Wednesday, January 6, 2016

Memang Suasana Sangat Bagus di Bora Ombak

Baru-baru ini kami pi ke Bora Ombak untuk dinner.
Nak tahu lebih lanjut mengenai Bora Ombak boleh call Tazudin di 010-214 1825 atau 03-4251 6303 (2)
Anyway Bora Ombak ni terletak di G1, Persiaran Mamanda 1, Ampang Point, Ampang.
Kalau nak sambut special event bolehlah candle light dinner kat sini dengan harga daripada RM200 untuk satu couple.
Memang cantik kawasan ni.
Tak sangka di tengah-tengah kawasan Ampang ni ada tempat macam ni.
Ni kalau yang ambil candle light dinner diaorang sediakan band untuk nyanyi secara live. So bolehlah pilih lagu apa yang kita nak. Memang sungguh romantik.
Setting memang menarik, ala-ala Bali.
Untuk satu keluarga besar pun boleh. Tempah jangan tak tempah di Bora Ombak ya.
Jom kita tengok menu.
Western food anyone? Ada pasta, fish & chips, chicken chop dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan harganya adalah berpatutan.
Kalau tak nak western, boleh cuba masakan Melayu ada ketam, ikan siakap, ayam masak sweet N sour dan pelbagai jenis masakan lagi.
Kat sini memang femes ngan dessert goreng pisang bali dengan aiskrim.
Vanilla shake, chocolate shake boleh didapati dengan harga di bawah RM10.
Minuman jus dan barli pun ada.
Ni kami makan ikan siakap tiga rasa @RM29.90 seekor. Rasanya for me biasa-biasa aja tapi not bad. Kalau ikan tu dimasak lebih garing lagi memang superb.
Sweet N sour chicken @RM16.90 ni boleh tahan juga sedap. Portionnya banyak gak, sure tak habis makan sorang.
Kerabu mangga @RM9.90 memang jadi pelengkap even ianya sedikit masam tapi I really like it.
Fries @RM7.90 ni memang dimasak dengan sempurna, memang sedap. Yang bagusnya ianya garing. Memang sesuai dengan taste kami.
Goreng pisang bali ni memang sedap, entahlah sama ada pisang ni direbus dulu ke tak. Tapi apabila dimakan dengan aiskrim dan juga kelapa yang digoreng memang jadi hidangan yang perfect. Harganya adalah RM9.90.
Banana split or kat sini diaorang panggil banana boat @RM10.90 just OK, not that special tapi of course habis dimakan.
Semua sekali termasuk air, kami spent RM114.70. Sekali sekala why not kan. Although bagi kami makanan kat sini tak le sampai sedap sangat-sangat tapi environment kat sini sungguh tenang. Tambah lagi dengan live music, sempat le dengar dalam 5 lagu. Kalau tak silap masa kami pergi hari tu, live music tu bermula dari pukul 9.00 malam. Tapi satu lagi yang perlu diperbaiki ialah servis, kena cepat sikit deliver makanan kat pelanggan sebab saya tengok ramai yang menunggu makanan yang lambat sampai. Bagi kami alhamdulillah kami dapat awal sebab datang masa tu dalam pukul 8.00 malam++ tak ramai lagi yang sampai, ada le satu dua meja. So pas kul 9.00 malam memang hampir penuh. Kalau tak silap Bora Ombak ni dibuka dari pukul 5.30 petang sampai kul 12.00 tengah malam kot.

Adakah kami akan datang lagi? InsyaAllah kalau ada kelapangan kami akan terjah lagi dan cuba makanan lain pula. Monday tutup ya

5 comments:

Luqman Zakaria said...

bestnye..yg penting..harga tuh berpatutan.

Unknown said...

teringin juga nak pi sana nanti.

nampak macam menyelerakan.

Zikri Husaini said...

sedapnya aiskrim tuh bro...

Emy ilhamie said...

tempat ni femes... suasana tu memang best je tgk..

mama tisya said...

adik ada pegi dinner baru2 ni candle light dinner...menanrik viewnya tp makanan biasa2 je...tp skali skala nk mencuba bole la nk feel2 ala2 bali kn..ada live band ok juga tu..sambil mkn sambil dgr music