Pages

Sunday, January 24, 2016

Memang Sedap Makan Kat Bandariya @AEON Big Wangsa Maju

Semalam pi dinner kat Restoran Bandariya yang terletak di AEON Big Wangsa Maju. Actually restoran ni baru aja buka dan first time kami makan kat sini.
Dalam pinggan ni ada nasi dan dihiasi ngan timun, tomato dan salad. Memang cantik diaorang letak dalam pinggan ni.
Ikan tenggiri @RM6.50 ni memang sedap especially ngan kuahnya yang pekat dan memang kena ngan selera kami. Memang nampak simple tapi jangan terpedaya, rasa sekali mesti nak lagi. Lain kali datang sudah pasti akan diorder benda alah ikan ni. Nak bagi rating ke? Easily above 8.0.
Ayam kami order dua ketul yang ni kalau tak silap ayam goreng bandariya yang mana ianya digoreng berempah. Dan satu lagi ayam gireng pelangi, yang tu memang macam ayam kampung aja. Anyway seketul RM7.50. Rating saya bagi yang ni 7.9 out of 10.
Sambal bandariya @RM2.00 ni memang pedas dan sedap sangat. Memang tak boleh nak luahkan secara lisan, kena cuba sendiri baru tahu akan kesedapannya so rating 8.1 saya bagi.
Taugeh timun ni @RM3.00 for me memang biasa-biasa aja. So lain kali kena order makanan lain. So  yang ni saya bagi rating 6.4 out of 10.
Di samping itu, kami order nasi 3 pinggan dan air 3 gelas so semua sekali RM47.30. Memang harganya berpatutan untuk makan tiga orang since anak lelaki beli fast food. GST dan cukai perkhidmatan memang tak ada. Anyway untuk masa sekarang ni bayaran secara tunai aja since diaorang tengah nak dapatkan mesin untuk bayaran guna kad. Memang kami akan datanng lagi ke Bandariya AEON Big Wangsa Maju.

2 comments:

mama tisya said...

lps renovate aeon big wangsa maju byk dh tmpt mkn br buka...nanti nk try pi tgk la apa yg menarik

Luqman Zakaria said...

Boleh pergi try ini...thank you for sharing..hehe