Tengah hari tadi pi cari kasi kandar kat area KL. So jumpa le dengan satu restoran ni, Suberi. Kalau tak silap tempat ni memang famous ngan nasi kandar tapi bukan versi macam kat Penang. Ianya diusahakan kalau oleh orang Kedah. Ianya betempat di 50, Bengkel IKS, Keramat AU3, Jalan AU3/1, KL.
Boleh call Suberi (016-302 5354), atau Syaifiruk (017-282 8793) atau Amin (012-403 6062) untuk makluman lanjut. Ianya dibuka dari pagi, so kalau nak breakfast ada le makanan lain selain daripada nasi kandar.
Nasi kandar ni yang bestnya terletak pada kuahnya yang pelbagai jenis. Memang kena campur, kalau silap campur nasi kandar ni rasa tak umppppppph.
Pelbagai jenis kari ada, ayam, ikan, daging dan sotong.
Murtabak pun sodap juga kat sini. Harganya RM2.50 satu keping.
Beli dua bungkus tapau. Terlupa pula nak ambil sayur bendi. Ayam ngan sotonng ni tak sampai RM10.
Yang ni pula ikan. Yang ni tak jadi sangat nasi kandar sebab kuahnya tersilap campur. Memang susah juga kalau kita ambil sendiri kan. So kalau nak cuba nasi kandar bolehlah pi AU3 ya.
6 comments:
husband pn suka gk bli kt sini ...kita tk brp sgt nasi kandar ni tp bole la mkn skali skala
saya kalau pergi penang baru rasa nak makan nasi kandar. hehehe. nampak sedap, boleh cuba la ni.
harga rm2.50 murtabak murah juga
suberi harga dia murah sangat. kawe suko makan roti canai dengan kari kambing. harga daging kambing seketul (saiz sederhana) cuma RM4 jer. boleh la makan dengan roti canai 2-3 keping
nampak sedap coz banyak giler lauk-lauknye kan
dah 2-3 kali pegi makan kt sini..memang thorbaik! am not a fan of mamak curry, so kari dierang ni mmg la alternatif terbaik, kari melayu..then murtabak and capati pon sedap kt sini..eh..susah nak move on lps makan kt sini..teringat²..haha
Post a Comment