Tadi masa pi Midvalley singgah kejap di Kafe Magnum yang terletak di tingkat 3.
Kami naik kat tingkat atas memandangkan nak makan fondue.
So diaorang bagi le air masak 4 gelas ngan satu jug.
Yang ni cendol aiskrim magnum @RM12.
Memang sedap benda alah cendol ni apabila makan ngan aiskrim magnum. Memang terasa santannya yang pekat.
Ni le fondue yang kami nak cuba @RM68. Ada dua batang aiskrim magnum dan coklat untuk dicicah tu boleh pilih sama ada, yang coklat, white coklat ngan milky. So kami pilih milky iaitu campuran coklat ngan white coklat.
Set fondue ni didatangkan dengan buah-buahan seperti strawberi, kiwi dan pisang.
Memang kalau cicah ngan coklat memang sedap.
Pas tu ada kek juga.
Tapi kek memang banyak betul.
So semua sekali berjumlah RM80. Khas buat anak pompuan yang nak makan kat sini since Afiqah dapat 8A dalam UPKK yang dapat semalam.
2 comments:
sedapnye tgk dessert tu...pernh skali mkn sini sedap..tahniah afiqah
tahniah afiqah...memang sedapnya lahai..
Post a Comment