Pages

Friday, April 12, 2013

Semak Pusat Undi

Dalam beberapa hari lagi, kita akan mengundi bagi memilih ahli parlimen or ahli dewan undangan negeri. Jom apa kata kita semak dulu pusat undi. Memang penting, jangan buat last minit takut tempat kita pi untuk mengundi tapi ianya bukan tempat yang sepatutnya.

Anyway bagi yang dah daftar untuk mengundi, apa kata kita check pusat mengundi di http://daftarj.spr.gov.my/.
Senang aja, just masukkan nombor kad pengenalan dan dalam beberapa saat kita dapat ketahui kat mana kita akan mengundi. Ingat ya di kebanyakkan tempat waktu untuk mengundi adalah from 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Datang awal-awal ya, ingat ya, kali ini adalah kali pertama dakwat kekal akan digunakan. Just bagi kad pengenalan then sebelum diberi kertas untuk mengundi, jari telunjuk sebelah kiri akan "didakwatkan" sehingga di bahagian kuku dan di sebalah bawah jari telunjuk. Nak tahu warna apa dakwat kekal, tunggu ya, kalau tak silap dakwat tu akan kekal untuk beberapa hari. Jangan risau, fatwa dah dikeluarkan mengenai penggunaan dakwat tersebut dan ianya sah untuk sembahyang.

So selamat semak pusat undi ya di http://daftarj.spr.gov.my/. Yang nak naik kapal terbang tu, harga tiket dah naik melambung sekarang.

5 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

selamat mengundi bagi yang akan mengundi nanti.. hehehehe

eelobor said...

balik mengundi ke bro?

Sharinginfoz said...

eelpbor: InsyaAllah, seronok tgk suasana mengundi

Vidalsisah vidal said...

Lamanyer tak bw kat sini...apa khabar? Sy dah tkar pusat ngundi, xperlu blik kg lg setiap kali...hehe

azzey said...

sy pon blk kpg mengundi...excited jg ni