Pages

Sunday, April 7, 2013

Nasi Kerabu Yang Sedap di Kampung Datuk Keramat

Jalan-jalan cari makan kali ini di Kampung Datuk Keramat. Jom kita tengok apa yang menarik di gerai ni.
Anyway tempat yang dituju adalah terletak di belakang Masjid Al-Akram. Masih  ingat lagi tak dengan Nasi Ayam Mash dan keropok lekor @gelas besar? Kalau kedua-dua tempat ni berhadapan dengan masjid, yang nasi kerabu yang dicari kali ini adalah belakang masjid. So kalau nak cari boleh parking depan masjid then masuk melalui masjid dan keluar melalui pintu belakang ya. 
Memang nasi kerabu ni memenuhi selera saya dengan kelapa yang digoreng perfect, tak begitu garing dan terasa akan ikannya. Ulamnya pun tak banyak sangat dan sambalnya memang sedap. Yang bagusnya budu diletak dalam plastik berasingan so sesuai dicampur mengikut citarasa. Letak semua pun ok juga sebab bukannya budu 100% kerana ianya dicampur dengan asam, so tak terasa sangat budu ya. So benda alah nasi kerabu kosong ni berharga RM3. Jom kita tengok nak makan dengan apa.
Ayam goreng sesuai juga ya. Nak bahagian peha pun ada. Memang portionnya besar.
Kepak pun ada, satu lagi bahagian dada. Kalau tak silap ayam ni berharga RM5.
Ayam ni didatangkan dengan sos lada yang manis. Saya bagi rating 8.1 out of 10 untuk ayam dengan nasi kerabu. Kalau ayam tu dimasak sedikit garing dan rempahnya lebih sikit sudah tentu dapat rating melebihi 8.5.
Daging bakar adalah kegemaran saya. Bila nak order baru diaorang bakar diatas alatan yang leper. Memang daging yang lembut dan terasa rempahnya. Bila aja masak memang baunya menjadikan kita tak sabar nak makan. Campur pula dengan sos kicap memang perfect. Oleh itu saya bagi rating 8.7 out of 10. Bagi saya, nasi kerabu ni adalah salah satu yang sedap di kawasan KL / Selangor. Anyway daging ni berharga RM6 kalau tak silap.

So untuk nasi kerabu ayam=RM8 manakala daging=RM9.
Kalau makanan Thai, tak sah kalau tak cuba pulut mangga. 
Santannya yang pekat dan sedikit manis, memang sesuailah dengan pulut mangga ni. Tapi pulutnya sedikit keras dan tak begitu lemak jika dibandingkan dengan pulut mangga di Kampung Baru. Satu lagi mangga ni sedikit masam dan sedikit keras, i.e. tak masak ranum sangat. Tapi secara keseluruhan apabila dicampur dengan santan, memang OK, oleh itu saya bagi rating 8.1 out of 10. Kalau yang Kampung Baru, ianya melebihi 9 out of 10.

7 comments:

azzey said...

AS SLM. LAMA X KE SINI...

BTW...SEDAP PULUT MANGGA NGAN IKAN BAKAR TU NAMPAKNYA..;)

Hazmin Hamudin said...

Pergh.. Tiap jumaat solat dekat sini. Parking dekat depan kedai ni. Tak tau pulak ada nasi kerabu sedap.. hehe

Mak Lagenda said...

Alahai..sedapnya la nasik kerabu tu nik!!

Farra Da Smiley said...

adeiii seriyes terliuq..both are my fevret!

Achilles said...

Pergh..meleleh air liur..nampak sangat sedap...

mademoiselle liana said...

mengiurkan pulut mangga tu....yum2

kirana said...

Bulan puasa buka x? Ada sesape ada no tpn tuan kdi tu?tq