Pages

Sunday, June 17, 2012

Sedap Juga Nasi Ayam @Mash Nasi Ayam Datuk Keramat

Pernah tak makan nasi ayam femes kat area Datuk Keramat? Dengar khabar kat sini memang kalau nak makan kena beratur. Lainlah kalau datang awal-awal. Kitaorang sampai sana kul 10.00 pagi++.
Ianya terletak betul-betul di hadapan masjid. Memang jumpa le punya.
Masjid yang saya maksudkan ialah Masjid Al-Akram Datuk Keramat. Masjid ni bersebelahan dengan Sekolah Rendah Datuk Keramat. 
Walaupun baru kul 10.00 pagi, semuanya sudah tersedia.
Memang banyak betul ayam yang dimasak. Diaorang dah ready dengan kedatangan pelanggan. Masa kitaorang sampai dah ada dua orang tengah makan. Awal betul, ni kiranya breakfast or lunch.
Sambal lada dan juga kicap sudah siap dibungkus.
Kitaorang tapau, makan kat rumah. Personally, saya suka dengan nasi ayam Mash ni walaupun kali pertama cuba. Yang paling sedap ialah ayamnya yang garing. Nasinya tak terlalu lemak, just nice. Sambalnya sedikit cair, supnya masin sikit dan kicapnya ok le. Secara keseluruhan saya bagi rating 7.7 out of 10. Anyway harganya RM4.00. Apa lagi kalau nak cari kelainan boleh cuba nasi ayam di Mash Nasi Ayam, Datuk Keramat.

8 comments:

Hazmin said...

tiap jumaat saya memang akan makan nasi ayam mash ni sebelum solat jumaat. masa tu memang akan beratur atau pun terpaksa berdiri untuk cari meja yang kosong. memang ramai yang suka makan nasi ayam mash ni. cuma kebersihan mungkin boleh dipertingkatkan lagi.

Unknown said...

erhmmm menarik ni bagi orang yang suka makan-makan terutama food blogger..nanti boleh terjah.


wah rezeki lagi ek dapat sp

terima kasih sudi support akak psl biskut julie tu yer

amirah said...

bro nik, zaman brdating dulu mmng rajin mkn di sini..sejak duk melaka pun ada gak sekali 2 singgah sini kalau ke KL. saya suka ayamnya

mamawana said...

Assalam,

best nih.. dulu saya dok keramat 7 tahun tapi tak pernah sampaai ke gerai nasi ayam femes nih... Dah pindah jauh teringin dan rindu plak nak ke keramat..

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/06/mengenang-isra-dan-mikraj-banyak-nya.html

Nazri Razra said...

Nasi ayam marveles ni rasanya payah nak cari nasi ayam sesedap Mash kat KL ni. Harganya pun memang murah.

Abe follo blog ni. Kasi support rakan bkoggers.

mama tisya said...

lama tk mkn..mmg sedap..nasi byk..

hazman aka species1980 said...

PERGHH.... banyak betul la ayam yang dimasak tu.... kalau saya makan nasik ayam nie mesti nak mintak extra lauk punya

Juadah said...

OOoo.. dekat sekolah rendah sya dulu ni. Dekat Pasar kan?

Sya pun suka nasi ayam terutama tang ayam dan sambalnya. Satu lagi nasi ayam best kat Datuk Keramat tu di Ownn Nasi Ayam.