Pages

Monday, June 18, 2012

Akhirnya Dapat Naik Cable Car Langkawi

Memang kalau pi Langkawi tak sah kalau tak pergi ke Langkawi Cable Car. Kebetulan hari sebelum balik ke KL, cuaca tak mengizinkan tapi kami tetap menunggu. Lebih kurang 30 minit, diberitahu yang cuaca kembali OK.
Ni kadar nak naik cable car kat Langkawi. So memang kalau untuk rakyat tempatan ianya pada kadar RM15 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak), So untuk kami berempat semuanya RM50. Kalau yang warga asing ianya double le.
Ini pula waktu operasi tetapi kena check le kekadang ianya tidak dibuka kerana ada penyelenggaraan ataupun cuaca yang tidak mengizinkan.
Akhirnya dapat juga tiket. So bagi tiket ni kepada staff untuk dibenarkan masuk ke tempat menunggu cable car.
Suasana memang berkabus di atas puncak bukit tu.
Sebelum tu ambil gambar kenangan ya. Masa ni tak ada orang menunggu lagi sebab diaorang tak buka lagi kaunter tiket sebab kan cuaca tak bagus.
Anyway bila bagi tiket, memang ramai yang menunggu giliran.
Setelah beberapa minit menunggu, nampak kat dinding tu, ada 10 minit lagi sebelum boleh naik. Tak lama gak menunggu. 
5 minit lagi, cepat juga barisan ni.
Kalau nak cepat lagi belilah tiket VIP, kalau tak silap kita kena bayar extra RM50.
Bila dah sampai kat cable car tu, kena buat barisan ya, setiap row 6 orang ya.
Memang cantik betul pemandangan. Worth waiting.
Rasa macam tak nak keluar bila berada di dalam cable car ni. Kiranya nampaklah pulau-pulau di Langkawi.
Ini ialah persinggahan pertama @middle station.
Kembali meneruskan perjalanan setelah berehat kejap di station. 
Seronok kan bila tengok.
Cepatnya dah sampai stesen kat atas. Actually ada tiga station, pertama kat bawah @beli tiket, then kedua pas tu yang teratas.
Afiqah pun dan tengok sama menggunakan teropong. Takkan Danish aja nak tengok.
Oklah setelah lebih kurang 20-30 minit menunggu cable car then spend masa 20-30 minit berada di atas, so nak turun le ya.
Bila aja turun, masih ramai yang menunggu untuk merasai pengalaman naik cable car di Langkawi. Anyway selepas keluar, diaorang tanya sama ada nak beli ke souvenir @gambar yang diambil. Hmmm beli lah untuk kenang-kenangan. Ada gambar dalam frame dan juga gambar dalam bentuk glass yang ada air tu, semuanya RM65. Sekali sekala apa salahnya kan. Lagipun bukan selalu pi Langkawi. Tunggu ya maybe ada beberapa entry lagi mengenai Langkawi sebelum tutup kisah percutian ke Langkawi sempena Cuti Sekolah.

5 comments:

amirah said...

saya takan naik punya...gayattt..huhu

eelobor said...

tak pegi ke macam jambatan tergantung tu ker?

Sharinginfoz said...

amirah: salah seorang daripada anak pun gayat gak

eelobor: diaorang tutup le jambatan tu, rugi tak dapat tengok

Geng Borak said...

seronok beb naik ke sana... teringat masa aku honeymoon.. hehehee

Ardini Humaira said...

lama tak ke langkawi... rindu :D