Pages

Saturday, June 2, 2012

Harga Emas Naik Mendadak +USD48.40 to USD1,612.60 Per Auns

Mengikut CNBC, harga emas pasaran hadapan telah naik sebanyak USD48.40 kepada USD1,612.60 per auns. Kenaikan ini adalah sebanyak 3.09%, memang banyak.

Masih ingat lagi tak entri saya dua minggu lepas mengenai "Masa terbaik beli emas?" Masa tu harga emas pasaran hadapan adalah USD1,536.50. So jika dibandingkan dengan harga sekarang ianya adalah kenaikan sebanyak USD76.10 or 4.95%. Tapi ingat harga emas ni sungguh volatile sekarang ni.

By the way kenaikan kali ini adalah disebabkan kadar jumlah pekerjaan baru (bukan pertanian) di Amerika Syarikat naik hanya 69,000 jika dibandingkan dengan yang dijangkakan sebanyak 155,000 bagi bulan Mei. Di samping itu, kadar pengganguran di US naik kepada 8.2% jika dibandingkan dengan 8.1% bulan April.

4 comments:

Iza said...

Assalam..
Dah naik ye?
saya tengah tunggu emas naik sekurang-kurangnya sampai tahap harga yang saya bayar dulu, nak jual semula dan tutup akaun maybank sebab ramai yang kata haram.

Insan Biasa said...

emas oh emas... naek la lagi... huhu

Diari Maya said...

Rege2 emas ni tak reti(tahu) la, pakai emas kite reti! hehee...

Mak Lagenda said...

Alhamdulillah..