Pages

Tuesday, June 19, 2012

Dah Lama Tak Main Layang-Layang


Ini gambar Danish dan Afiqah yang diambil lebih kurang 2.5 tahun yang lepas di Taman Metropolitan Kepong.
Tengok gambar terbaru Danish dan Afiqah main layang-layang. Hmmm, kejap aja masa berlalu. Memang diaorang enjoy betul main layang-layang kat sini. Maybe nak ambil gambar lagi dalam masa 2 tahun lagi ke nak tengok perbezaan.
Kalau yang tak bawa layang-layang kat sini memang banyak dijual. Pilihlah yang mana satu berkenan di hati.
Memang teruja betul Afiqah pegang tali layang-layang ni. Nasib baik Taman Metropolitan Kepong ni tak ada le jauh sangat so bolehlah pergi lagi.
Kalau tak nak main layang-layang, bolehlah lepak-lepak ya or main kat playground ni.
Tapi yang tak seronoknya ada juga manusia main parking aja macam ni kat tepi jalan. Kesian kat satu family tu, nak keluar memang tak boleh sebab ada orang block kereta. Nasib baik kitaorang parking kat belakang so boleh keluar terus kat jalan besar.
So apa lagi kalau tak tahu nak pi mana-mana bersama keluarga singgah le main layang-layang di Taman Metropolitan Kepong ya.

7 comments:

KiD said...

layang layang terbang melayang... oh selayang pandang....

FARAH deeb said...

Pernah pegi sekali je kat sini. Pastu teringin gak lagi tapi malas sebab parking punye problem tu. Kalaulah ade tempat parking yang laaaaaaaagi besar kan best!
My latest Entry :)
JJCM: Chicken Rice Shop (Wangsa Maju)

amirah said...

muka dorang takde beza sgt la bro nik. rasa cam meninggi je kut..huhu..memang rindu nak main layang2 kat sini. zaman belajar kat uia dulu kami dating brdua gi main layang2 kat sini..

Myvitrd said...

Memang ramai orang dekat sini bro.. aku pernah beli gak.. jadi budak2 sat main tahun lepas.. hehehe.. lagi pun umah aku dengan tempat ni tak jauh.. tu yang hujung minggu mesti lalu dekat sini

Ardini Humaira said...

sekarang musim main layang2 kan.. kat rumah dni pun ramaai dok main petang2 :D

eelobor said...

rasanya dah memang gitu lah selalunya parking kat situ setiap petang sabtu & ahad. so, yang mana rancang nak pulang awal rasanya kena pandai2 letak kereta kut....

MrJocko said...

ni kalau dapat main Helicopter kat sana best gak ni,,, luassss