Kalau sebelum ini pernah mencuba masakan di HM Sri Bagan @Bagan Lalang, kali ini pula cuba di cawangannya di Kota Damansara.
Ni dia senarai harga ya, pilihlah yang mana berkenan di hati.
Pelbagai jenis ikan ada tapi hmmm tak kenal le namanya.
Alamak tak ada ketam le sebab dia cakap bukan musimnya sekarang.
Tak sampai seminit dok, diaorang dah hantar kerepek dan juga air masak. Memang cukup pantas perkhidmatan yang diberi.
Harga minuman kat HM Sri Bagan ni adalah berpatutan.
Terasa nak makan nasi lemak le pula.
Telur dadar memang sudah pasti.
Ni le minuman kitaorang untuk malam tu. Ambil tiga gelas cukup le.
Ni sup ayam, memang suka betul Afiqah sampaikan tak nak makan benda lain. Hmmm, kali ini tak nak bagi rating le.
Kailan ikan masin tak perlu le masak sangat kan kalau tak, tak berapa sedap kan?
Memang saya suka dengan sotong bukan macam cekodok ya tapi ianya kalau garing lagi, memang lebih sedap.
Telur sebiji cukuplah ya.
Memang sedap ikan gerut ni. First time cuba benda alah ni. Memang terasa rempah yang digunakan.
Mesti le cicah ya takkan nak makan ikan macam tu aja.
Memang tak menyesal makan nasi lemak ni.
Nak tahu alamat boleh tengok sini ya.
Ni peta ya, jangan sesat pula ya.
Kesemuanya adalah RM58. Memang ok juga harganya. Secara keseluruhan saya lebih suka pi makan kat Bagan Lalang tapi jauh sangat le.
9 comments:
Woo ade cawangan upenya dia ye? Kite selalu gi yang kat Klang tu sebab dekat umah in laws hehe... tp kalau de occassion jelah sbb malas orang ramai ngat! My Latest Entry: JJCM: Chicken Rice Shop (Wangsa Maju)
Klu dah ada kat damansara, leh mkn kat situ je..dekat sket dr nak g bagan lalang tu kan
steady lah... RM58 je...
oh dh ada kt area kota damansara...tkyh la p jauh2 bagan lalang tp kalo ke bagan lalang bole amik angin laut...
nape tak bagi rating? tak sedap ke? heheh btw nnt bebila nk g cuba jugak la
ade baca kat blog JMR23 sebelum nie... bagus jugak reviewnya.... anyway idea untuk berikan values added ( nasi lemak daun pisang ) dapat tambah revenue diorang secara tak langsung....
Baru buka ke ni bro.. dekat dengan umah aku dah ni.. macam nak gi test je.. lepa test sini baru test dekat bagan lalang pulak.. hehehe
harga ikan per gram lagi mahal berbanding bagan lalang. apapun haruslah sbb kene sewa kedai
lydzar: saja aja tak nak bagi rating, nak suruh kawan-kawan cuba sendiri
Post a Comment