Pages

Thursday, June 7, 2012

Ingat Hijau Ingat Honda @Kereta Hybrid

Pernah tak melalui KLCC Convex tunnel iaitu terowong yang menuju ke KLCC dan juga Convention Center? Kalau pernah sudah pasti perasan dengan lukisan dinding @mural yang bertemakan kehijauan. Memang sedap mata memandang, sungguh tenang walaupun kita berada di tengah bandaraya apabila melihatkan mural ini.

By the way, lukisan dinding mesra alam ini telah dihasilkan oleh pelukis yang dibawa khas oleh Honda. Karya ini dihasilkan bermula 7 Mei 2012 dan siap sepenuhnya pada 9 Mei 2012. Memang sesuatu yang tidak mudah untuk dibuat tetapi akhirnya mereka berjaya lakukan. Ianya salah satu daripada pendekatan yang dilakukan oleh Honda bagi menyokong pelukis-pelukis tempatan. Memang sungguh unik cara ini, ianya lain daripada yang selalu kita lihat.

Ianya semata-mata untuk menyampaikan message kepada kita semua betapa pentingnya kehijauan bumi yang kita duduki ini. Ianya tidak akan kekal tanpa usaha daripada semua pihak. Lihatlah pelukis sungguh tekun bagi memastikan sesuatu yang terbaik untuk tatapan semua orang.

Bukan hanya sebuah lukisan tetapi ianya penuh dengan message tersendiri. Sebab tu le saya cakap dari awal tadi, bila kita ingatkan hijau jangan lupa dengan Honda.

Setiap pelukis memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kesinambungan di dalam penyampaian. Apa yang penting kerjasama berpasukan. Ianya juga memberi gambaran kepada kita bahawa sesuatu yang sukar boleh kita lakukan bersama-sama dan kesabaran perlu disemaikan.

Kalau tak puas dengan gambar lukisan dinding ni boleh lihat kat facebook KLCC Honda Hybrid Billboard @Painting I and II.

Ingat ya Projek Hijau Honda ini boleh kita lihat hasilnya di sepanjang terowong KLCC. Apabila kita melalui tunnel ke KLCC jangan lupa perhatikan hasilnya dan telitilah karya ini. Ianya bukan sekadar lukisan dinding, benda yang hendak disampaikan sangat penting kepada kita semua.

Jom kita tengok selain daripada lukisan, Honda juga telah menghasilkan beberapa model kereta yang mesra alam @hybrid iaitu Insight, CRZ dan Jazz.

Apa itu kenderaan hybrid? Ianya adalah kereta yang menggunakan kuasa injin dan dibantu oleh motor. Memang digunakan bersama bagi memastikan kemesraan alam sekitar. Mengapa Honda Insight? Kereta ini adalah diimport dari Jepun dan sudah pasti mesra alam dan tidak sukar untuk dipandu. Prestasinya adalah sama dengan kereta 1.6L.

Memang seronok kalau dapat sebuah kereta mesra alam, Insight ni. Inilah antara ciri-ciri menarik Insight. Dalam banyak-banyak, "coaching function" sangat menarik kerana kita dapat tahu cara pemanduan kita berdasarkan warna, kalau hijau maknanya pemanduan yang dapat menjimatkan minyak. Di samping itu, butang ECON dapat menjimatkan minyak.

Ni le kereta yang saya maksudkan, memang cukup cantik. Harganya kurang daripada RM100,000. Walaupun menggunakan injin 1.3L, prestasinya adalah lebih kurang kereta yang berkapasiti 1.6L. 

Dari apa yang saya baca pada tahun 2011, Honda telah menguasai lebih daripada 50% pasaran kereta hybrid di Malaysia.

Saya berpendapat bahawa suatu hari nanti penggunaan kereta hybrid akan meningkat di Malaysia ditambah dengan support oleh kerajaan. Kereta hybrid ini adalah mesra alam dan of course ianya bertepatan dengan kehijauan alam.

Kereta hybrid ini mesra alam memandangkan ianya mengurangkan penggunaan petrol dan juga menjimatkan tenaga semulajadi yang suatu hari nanti kemungkinan besar akan habis. Di samping itu, yang paling penting pengeluaran karbon yang kurang jika dibandingkan dengan kereta bukan hybrid.

Apa yang bagus kereta hybrid ni kepada pemandu? Ianya menjimatkan wang kita kerana penggunaan tenaga yang efisen dan mutu pemanduan yang lebih baik.

So jangan lupa lawati website hybrid.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kereta hybrid. Kat sini macam-macam jenis maklumat yang kita boleh dapati.

Entri yang ditaja bagi tempoh 48 jam. Untuk entri terkini, sila lihat di bawah.

12 comments:

hazman aka species1980 said...

whoaaa...rezeki lagi nie... lepas nie mesti dapat test drive....

Diari Maya said...

Terbaek...

AJ said...

cool..nak try test drive la..memang currently looking for new car...

Myvitrd said...

Kalau hadiahkan dekat isteri mau senyum 3 tahun tak henti2 ni.. hehehe

Farah Deeb said...

woww bestnya.. tingat mase sekolah dulu kena lukis murak dinding sekolah hehe. Pastu taim praktikal lukis banner 25 meter kat bawah basement tak pakai... perghhh kenangan tuuu...
My latest Entry :)
Cuti-cuti M'sia: D'Ark Resort Janda Baik, Pahang

cimon said...

Perghh... mmg terbak bro. Stylo.!!!

Unknown said...

wow bestnya jika dapat bawa kereta ni kan

MrJocko said...

best kalau dpt beli Hybrid ni,,, jimat minyakkkk

cimon said...

Agak2 harga kereta import hybrid jadi murah tak pasnie?

Sharinginfoz said...

hazman: ok juga kalau dapat test drive, boleh bagi pandangan mengenai performance

vidalsisah: memang betul, lagi satu mesra alam sekitar

eyriqazz: angkat le satu bro

myvitrd: tunggu bro ambil dulu

farah: memang suka melukis atas dinding ya, my anak-anak dulu, bukan melukis tapi conteng. bagus initiative honda untuk bagi kesedaran kepada orang ramai

cimon: harap2 kereta import hybrid semaking murah

kakinakl: memang best member kat office ada pakai kereta honda hybrid crz

mrjocko: memang jimat especially masa harga minyak naik dan yang penting mesra alam

Geng Borak said...

bila nak ada proton hybrid ek?

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Hopefully ada la seseorang yg akan hadiahkan I keta ni.. ameen.