Pages

Sunday, June 3, 2012

Makanan Sedap dan Murah @Medan Selera Taman Sri Gombak

Nak makan tengah hari? Tercari-cari tempat yang sesuai yang mana menawarkan makanan yang sedap dan murah. Apa kata pi le ke medan selera Taman Sri Gombak.
Ianya terletak di tepi jalan dan tak jauh dari stesen minyak. Kat situ ada Esso dan BHP.
Boleh cuba makanan di Restoran Sri Ayu Tom Yam. Kalau tak silap ianya dibuka setiap hari from 10 pagi hingga ke tengah malam. Kalau nak makan nasi campur ianya hingga kul 5.00 petang dan selepas tu disediakan masakan panas.
Macam-macam ada kat sini. Ikan bakar sudah semestinya pilihan ramai. Percik pun ada. 
Tengok ajalah nak citer pun sukar digambarkan dengan pelbagai lauk.
Bagi penggemar kerabu dan sayur-sayuran, ianya tidak mengecewakan.
Kari ayam, ayam masak kurma, telur masak merah.
Ulam-ulam pun ada. Alamak terlupa nak ambil gambar sambal le.
Ikan kembung bakar memang sedap, kena pula dicicah ngan air asam jawa. Memang perfect. Ayam goreng pun memang panas-panas lagi. Portionnya pun besar.
Lala masak apa ya, maybe masak lemak kot. Memang sedap juga ditambah pula dengan kerabu mangga. Kitaorang ambil 3 pinggan nasi aja since Danish makan benda alah lain.
Suka betul Afiqah makan ABC. Kat sebelah tu air kelapa. 
2 lagi air tembikai dan teh o ais.
Semuanya RM24. Memang sungguh berpatutan makan kat sini. Since ini kali pertama makan, memang puas hati, memang ramai orang yang makan kat sini.
Beginilah sedikit suasana makan tengah hari di Restoran Sri Ayu Tom Yam @Medan Selera Taman Sri Gombak. Saya syorkan kawan-kawan cuba masakan tempat ini. Maybe kepada yang pernah cuba, boleh kongsikan pengalaman.

3 comments:

mamawana said...

Sedapnyer...sungguh menarik. Nanti nak pergi sini.

Unknown said...

wah..kerabu mangga...my fev...!!Yummmyyy..

mama tisya said...

restoran ni mmg rmi org..byk lauk2...ada kedai dr tepi yg kedua sedap juga..masakan thai