Pages

Saturday, June 23, 2012

Hari Sukan Sekolah Rendah

Pagi tadi ada temasya sukan kat sekolah Afiqah. Seminggu yang lepas, hari-hari berlatih. Anyway murid-murid darjah 1 dan 2 ditempatkan di bawah khemah, bagus juga le senang nak kawal dan juga boleh elakkan daripada sinaran matahari.
Dimulakan dengan acara perbarisan. Ada 4 kumpulan dan of course yang menjadi tarikan ialah yang memakai pakaian Doremon. Mesti panas kan pakai costume ni.
Memang seronok tengok diaorang berbaris.
Afiqah masuk acara lari dalam kasut but pas tu kena susun tin susu jadi macam piramid. Memang bukannya senang berlari dalam kasut yang besar ni. Menang kalah tak kisah kan?
Sebelum balik murid-murid diberi nasi tomato dengan ayam masak merah serta air mineral. Sedap juga. Semasa entri ini ditulis, Afiqah senang makan nasi tu, lapar agaknya.
Ni le hadiah yang dibawa pulang untuk murid-murid sekelasnya. Actually kat dalam tu ada satu lolipop tapi dah habis le.

2 comments:

Dayang Deno said...

wah seronoknya!!! deno rindu sgt zaman sekolah :)

p/s: deno folow sini^_^

Mak Lagenda said...

Sekolah afiqah dah sukan?? Sekolah anak2 blm sukan lg..katanya nak tgu lps UPSR