Pages

Tuesday, June 12, 2012

Betul ke Harga Periuk Kaca Visions Murah 50%?

Memang betul harga periuk kaca Visions ni murah 50% tapi kenalah beli kat Langkawi ya. Yang ni saya beli di hadapan Kedai Haji Ismail Group, Kuah, memandangkan ramai betul orang kat dalam kedai Haji Ismail. Harganya untuk set 3 periuk kaca Visions adalah RM194.
Kat dalam tu juga ada 3 penutup plastik yang mana boleh digunakan untuk letak periuk kaca tu ataupun buat penutup le kalau nak masukkan dalam peti sejuk nanti. By the way, biasanya periuk kaca Visions ni ada waranti selama 10 tahun tapi sebab beli kat Langkawi diaorang cakap tak ada le waranti ya.
Inilah rupanya periuk kaca, memang cantik warnanya simple aja. Actually periuk kaca ni sudah berzaman-zaman orang guna tapi sekarang ni masih ada lagi orang guna. Kiranya evergreen le.
Ada penutup ni lagi cantik dan memudahkan untuk kita simpan ya.
By the way, harga di Jusco untuk set yang sama adalah RM359, just imagine harga kat Langkawi hanya RM194. Bezanya sebanyak RM165, cukuplah untuk tiket kapal terbang seorang tapi kalau tak silap kena stay kat Langkawi sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam baru tak dikena cukai oleh Kastam. Saya rasa le tapi tak tahu le betul ke tak ya.

15 comments:

JMR said...

murah sbb takde waranti kot..tp still berbaloi-baloi lg ngn kualiti kan..:-)

Kancilbiru said...

periuk vision ni memang cantik dan evergreen. bila letak makanan boleh terliur sebab transparent dan nampak bersih..

ejaMaria said...

betul la tu...

Rosniena said...

saya mmg gunakan periuk ni, tahan lama..tapi sayang dah 2 periuk pecah sebab maid careless..nak nangis je rasa..so far kalau nk beli di langkawi mmg kene stay 3 hari 2 malam pun

SURIA AMANDA said...

wow...i pun minat gak bab pinggan mangkuk dan periuk ni...

Mak Lagenda said...

Mmg dari dolu2 lg dah org slalu guna piuk nih..

ainhany said...

terbaek!!!!

hazman aka species1980 said...

Memang kat Pulau Langkawi nie syurga untuk pinggan mangkuk serta periuk belanga...

amirah said...

sy rasa pun camtu jugak..tp sy tk berani nk guna periuk kaca..huhu

Farah Deeb said...

Wauuu mahal upenya mangkuk ni ye. Ku ade gak simpan dalam kotak hadiah kawen 13 tahun lepas tak guna lagi hahaha.. pasal? Sayang beb sbb org dok kate dia mahal. So baik simpan dalam kotak jelah! Boleh??? Tapi pepun mmg worth it la kalau gi Langkawi dan grab benda alah ni bawak balikkan?
My latest Entry :)
JJCM: Le Chateau De Puah

Juadah said...

Selalu nmpk periuk ni kalu jln2 kat langkawi. tp xpernah beli. tak pernah survey pulak harga vision ni kat luar. rupa2nya memang jauh lebih murah ya

ros merah said...

Aduh mak murahnya...tgok kat sogo mahalnye yg kecik je pun dah rm 189..

Anonymous said...

Harga yang kat jusco tu tuk 1 biji ke 3 biji?????

Sharinginfoz said...

anon: harga untuk 3 biji

Unknown said...

Everyday i work hard with mission to get ths 'Vision' hehe