Pernah tak main Saidina? Ianya lebih kurang monopoly, alah permainan mengenai hartanah. Hari tu pi beli benda alah ni kat MPH Mid Valley. Harganya RM60, murah le jika dibandingkan dengan monopoly yang harganya RM100. Anyway Saidina ni keluaran Malaysia, Syarikat Permainan Malaysia (SPM).
Memang boleh dikatakan 100% sama dengan monopoly. Ada duit, kad, rumah, hotel, dadu dan juga benda alah plastik yang membezakan setiap pemain.
Ianya juga mempunyai kertas tebal yang boleh lipat. So far Danish dan Afiqah suka betul main dengan benda alah ni. Tak tahu le berapa lama diaorang akan suka dengan benda alah Saidina ni sebab so far permainan yang dibeli, setelah beberapa ketika bosan le. Itulah salah satu sebab tak beli yang mahal-mahal macam monopoly, lagipun fungsinya adalah sama.
6 comments:
kecik-kecik dulu main yang murah je. beli kat kedai runcit.
selalu kalah, jadi mangsa abang-abang.
mainan peberet masa kecik2 dulu nih
selalu main masa zaman sekolah. hehe.. best
pernah ain! sekarang pun still main... kan ada jual yg baru, best jugak! tapi kan, monopoli pun best :)
Permainan time sekolah rendah dulu.... tapi kanak-kanak sekarang pun kena cuba sebab boleh menguji kemampuan merancang dan berfikir dan minat pasal hartanah secara tak langsung
Baru lepas main dgn wife n anak2..juara is bapaknye ..hahahaha
Post a Comment