Pages

Friday, June 29, 2012

Kos Bercuti di Langkawi @4H3M Jun 2012

Maybe ada yang nak tahu berapa kos bercuti di Langkawi. Anyway semasa cuti sekolah baru-baru ini, kami sekeluarga pi ke Langkawi dengan Airasia. Sempat berada di sana untuk 4 hari 3 malam. Anyway belanja keseluruhan adalah RM2,492. Jom kita tengok sedikit ringkasan (bukan semua belanja saya letak sini ya) mengenai kos-kos yang terlibat.
  • Pengangkutan: RM1,171
    • Airasia: RM710. Kami book tiket lambat juga lebih kurang 4 bulan sebelum tarikh berlepas. Maybe kalau book lebih awal harganya lebih murah
    • Sewa kereta: RM270. Ambil picanto untuk RM90 sehari. Harga ini setelah minta diskaun RM10 untuk blogger. Kalau bukan waktu sekolah harganya RM60 aja sehari
    • Teksi (rumah ke airport): RM85.
    • Petrol: RM50. Just nice isi minyak untuk jalan-jalan. 
    • Bas: RM24. Yang ni from LCCT to KL Sentral pas tu dari KL Sentral ke rumah kitaorang ambil teksi @RM20.
    • Penginapan: RM180
      • RM180. Memang bertuah sebab majikan ada resort kat Langkawi. Kitaorang sewa 2 bilik pada kadar RM30 untuk satu bilik sehari. Kalau dok kat resort luar at least RM100 le sehari.
    • Makanan: RM330
      • Restoran Wan Thai: RM80. Memang sedap makanan kat sini. Lain kali bila melawat sini kena datang lagi
      • Tempat lain makan kat Jom Ikan Bakar memang sedap. Waktu lunch memang ramai betul yang makan kat sini. Tak sempat nak tulis entri kat restoran ini tapi bolehlah baca semasa saya ke sini semasa berkursus.
      • Sama juga dengan kat pasar malam. Ini pun semasa pi masa kursus. The Loaf pun sama.
    • Tempat Menarik: RM257
      • Underwater World. RM66. Saya memang suka betul tengok hidupan laut kat sini
      • Islands Hopping. RM90. Tempat ni pun enjoy tapi hati-hati dengan monyet kat Dayang Bunting ya
      • Cable Car. RM50. Nasib baik sempat naik benda alah ni sebab sebelum ini cuaca tidak mengizinkan
      • Mardi Agro Park. RM20. Macam-macam buah ada kat sini.
    • Cenderamata: RM554
      • Coklat. RM180. Memang sah kalau datang sini mesti beli coklat sebab harganya sangat murah
      • Periuk kaca Vision. RM195. Belilah untuk kenang-kenangan
      • Yang lain-lain macam keychains, baju, gambar semasa kat Cable Car dan macam-macam lagi
    Tu le sedikit sebanyak yang saya dapat kongsi, semoga ianya dapat dijadikan panduan kepada yang hendak pi ke Langkawi. Jom tengok tempat-tempat menarik di Langkawi.

    Memang seronok pi jalan-jalan dengan keluarga ke Langkawi, anyway JOM TENGOK TEKNIK MENDIDIK ANAK DENGAN CEMERLANG.

    15 comments:

    Fiza Rahman said...

    Bagus nih, thanks for sharing bro.

    Mooniqueen said...

    Bagus jugak tau pasal bajet ke sana... Atleast boleh simpan duit awal2...,

    Myvitrd said...

    Tq share bro info ni.. memang rancangnya hujung tahun nak kesana cuma ingat nak naik feri je

    icee-yah said...

    Bestnye..tk merasa lg naik cable car

    eelobor said...

    wah....besar gak belanja tuh

    Juadah said...

    Save kat bahagian penginapan. memang dah berbaloi tu. Kalu tak, pasti lebih mahal resort/ homestay kat langkawi time cuti sek.

    WenG WenG BuBuB said...

    boleh tanye tak... resort boss tu kat mana? kalau saya nak pergi january ni boleh dpt discount tak...27-30 january...=)

    Sharinginfoz said...

    weng weng bubub: kat pantai chenang tapi untuk staff aja...

    MumMe said...

    mumme singgah sini sblum ke langkawi...

    Anonymous said...

    terima kasih..sgt berguna utk yg bajet xbesar mcm saya..bleh kira2 dlu..keke

    Unknown said...

    menu wan thai vs selera saya, tomyam sara bt 9 jln kapar, klang boleh pukul rasa tomyam& ikan 3 rasanya.Kerabu mangga warung makan kak long kat kg bkt cerakah puncak alam lagi best. Yg sedap ketam lembut goreng tepungnya...tu selera sayalah, mungkin hati tengah panas kena tunggu sejam lebih, kata je buka kul 11 pagi bila telpon kata kejap lagi bukak...kejappplah sggttt!

    permata bonda said...

    minta izin ya nk copy paste maklumat yang ada di sini..hehehe..saper2 yang nak package penginapan murah leh intai2 (www.langkawibiliksewamurah.com)..tima ksh

    Sharinginfoz said...

    Permata bonda: ok aja as long as letak link entri ni

    Unknown said...


    Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    Unknown said...

    Langkawi tempat terelok yang pernah aku kunjungi sewaktu duduk kat Malaysia. Teringin nak kembali...best sangat. Sekarang setelah kat Indon babyaklah juga kawan dari malysia yg datang ke Lombok nak daki Gunung Rinjani.
    Bagi member-member yang dah hilang kontak mungkin bolehlah cari informasi saya kat www.rinjanitrekkinhplanner.com siapa tahu berkunjung ke blog ini juga. Thanks ya semoga boleh berjumpa