Pages

Friday, April 20, 2012

Memang Kena Terjah Pasar Malam @Pulau Langkawi

Jom kita terjah kat pasar malam di Pulau Langkawi. FYI, apa yang saya dengar, kat Langkawi, tiap-tiap hari ada pasar malam. Ianya bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Siapa yang suka ayam percik, jangan risau memang ada kat sini. Lihat aja sure terasa nak beli.

 
Jam tangan memang banyak. So kalau lupa bawa, belilah kat sini. Anyway teringat kat sorang kawan kursus. Terlupa bawa belt so last-last beli kat satu kedai setelah puas mencari. Nak tahu berapa harganya? RM80++. Agak-agak berapa pasang boleh beli kalau kat pasar malam ya?

 Pelbagai jenis kuih ada, pilihlah yang mana satu yang memikat hati.

Walaupun kat Kedah, kuih melaka boleh didapati di sini. Tapi ingat ya, kena "kutip sendiri". Memang murah 12biji @RM1.00.

Keropok goreng ni memang unik tapi yang penting ranggup dan sedap. Macam kat pasar malam biasa harganya RM1.00 untuk 5 batang. Makan panas-panas memang sedap.

 Kalau bosan-bosan kat Langkawi (memang tak bosan), belilah majalah ya.

Yang ni memang sedap, seafood bakar. Ada sotong, ketam, ikan dan macam-macam lagi. Hmmmmm, memang murah le, i.e. sotong, ada yang RM2, RM3 dan RM4.
 Sosnya memang sedap, macam percik le pula. Habis 3 cucuk saya makan.

Guess what, inilah kali pertama saya tengok jagung ngan kelapa parut yang dijual kat pasar malam. Not bad juga Langkawi ni. Benda alah ni, satu cawan @RM2.50.

Kami datang berempat naik teksi kat pasar malam ni, Mula-mula sorang beli pulut durian. Last-last, semua beli. Harganya RM5.00 satu bungkus. Ada 3 ulas durian.

Sate pun ada, tak cuba le pula. Tak tahu sama ada ianya lebih sedap daripada Klasik Satay Station kat Kepong.
Tak cuba le ngan murtabak ni. Pernah dengar tak murtabak Thai?

 Beli jangan tak beli, ikan dan hasil laut yang lain.

 Baju pun ada.
 Yang unik lagi, anak-anak ayam pun ada.

Tak sah kalau tak ada air. Satu lagi, kat sini setiap gerai menjual makanan yang berbeza. So tak ada le 2 gerai menjual air.

Secara keseluruhan, memang kena cuba pi pasar malam bila melawat Pulau Langkawi. Memang sedap makanan kat sini.

12 comments:

azzey said...

syoknyer pg langkawai; sy last skali pg tahun 2010. plan nak pg lag hujung tahun ni...:)

Mummy Princess said...

Bapak saudara saya ada dok menjual kat pasar malam Langkawi.....

MrJocko said...

aku suka seafood yang bakar-bakar tu,,, sedappp

hazman aka species1980 said...

saya pun 1st time tengok jagung kelapa parut nie... dan anak ayam tue kalau warna warni lagi nampak cute kan...

Faizal Pejay said...

gi langkawi buat apa bro..mmg best..tak naik kereta kabel ke

vidalsisah said...

Murahnye keropok lekor tu, kat trganu ni pon takder yg semurah itew. Sape2 yg gemor kropok lekor boleh ler pi sana dan mkn puas ek.

faris said...

best ye makanan...

eBaymoney makers said...

wah...murahnye..mnarik ni...kna g ni,xprnah xsmapai lagi kt langkawi..

KiD said...

sotong cucuk tu... perrghhhhhhh... bikin panas laaa bro nih. hahahahaa

Fikri Rais said...

sotong bakar fresh mmg sedap...
Jalan Jalan Cari Makan Langkawi

Juadah said...

Langkawi memang merata2 pasar malam dia. kuih2 kat sana pun murah. RM1=4 biji

Anonymous said...

sedapnya!!! sampai pukul berapa ya?