Pages

Monday, April 9, 2012

Kat Mana Nak Beli Beg Pakaian Yang OK?

 Saya bercadang nak beli beg pakaian maybe untuk digunakan untuk satu orang bagi tempoh lebih kurang 1 minggu. Maybe beg tu saiz 24 inci. Ada gak survey beberapa tempat. Yang ni kat Carrefour.

Harganya lebih kurang di antara RM60-RM120. Sama ada tahan lama ke tak, saya tak tahu le. Yalah kita beli benda alah macam ni untuk digunakan tempoh yang lama kan? Ada gak survey kat AEON, not bad juga kualitinya, jenama Camel. Kalau tak silap harganya RM250++, sebelum 20% diskaun.

Maybe kawan-kawan boleh cadangkan untuk dapatkan beg pakaian yang mana ianya OK dari segi kualiti dan kalau boleh harganya lebih kurang RM200-RM250 ke. Kalau dapat yang lebih murah, lagi OK. Nanti jangan lupa share sekali jenama apa ya. Thanks.

9 comments:

Hani Syahani said...

kene pilih betul2 tu, tkot beli ye ye je, tp kualitinya hampeh..

lienda said...

saya pun tengah usha usha nak beli beg pakaian nie,coz cuti sek bulan 5 nak pi cuti cuti,beg yang ada dah tertanggal pemegang...sharing with me juga yea...!

mie said...

yang penting tahan lasak...
boleh tahan lama skit..
ehehe

Mummy Princess said...

Saya dulu beli beg kat kedai yang jual beg2 travel ni di Subang Parade. Tapi masa beli memang tgh ada offer 50% so dpt ler harga murah. Saya beli beg besar yg blh muat baju utk 5 org. Harga asal dlm RM 700 so dpt ler RM 350 jer. Tapi besar ler klu nak lg murah & kecik ada kot....

mamaNoriz said...

tak penah beli kat shopping mall, ada luggage besar kat umah skang beli kat Langkawi je, murah...hehe

arekymz said...

nak pergi kemana tuu..
macam jauh je..
haha.

vidalsisah said...

Ari tu akak ada beli beg cenggitu kat carrefour, okey gak.

Iza Teratak Usang said...

Assalam..
Kalau nak murah, boleh beli kat langkawi, wang klian atau Danok (dah kena bom la pulak)...Harga kat Danok memang murah.
Pandai2 la memilih yang terbaik. Nak ke mana tu???

Zaid said...

beli kat tesco murah je bro..