Pages

Wednesday, April 25, 2012

OK Ke Citer Battleship

Hari tu masa kat Langkawi member ajak pi cinema kat Mega Cineplex Langkawi kat Pekan Kuah. Citer yang kitaorang tengok malam tu ialah Battleship. Kat sini tiket masuk ialah RM12. Macam kat Kuala Lumpur ya.

Boleh tahan juga orang pi tengok walaupun bukan hari minggu. Yang kelakar masa beratur biasanya orang beli popcorn ke, makanan ringan ke or sausages. Yang saya order ialah strepsils, maklumlah batuk pula malam tu. Member gelak sebab diaorang cakap mana orang pi tengok movie beli strepsils. Hantam ajalah.

Anyway berbalik pada citer Battleship, for me OK le, layan aja make sure masa tengok citer ni jangan fikir logik tak logik or sama ada boleh agak ke tak penghujung citer. Nak tahu lebih lanjut maybe boleh baca review enveeus.

Satu lagi member gelak apabila tengok senarai harga benda yang jual kat cinema di Langkawi. Sebagai contoh "milo no ice". Diaoarang cakap apasal tak letak milo aja. Saya pun jawab le milo no ice tu ialah milo sejuk tapi tak ada ice sebab tu le mahal jika dibandingkan dengan milo ais. 

Satu lagi diaorang tertarik dengan "can drink", adakah ianya bermaksud boleh minum or minuman bertin @canned drink. Belasah ajalah.

5 comments:

mamaNoriz said...

cite tu simple je kan... ingat best cam Transformer ke...

tapi sya tgok free, donlod je...haha

arekymz said...

best apa movie tu.
action banyak kot.
nak download juga nak menonton di rumah pula.
haha.

Myvitrd said...

dah lama tak masuk panggung bro sejak ada anak ni.. :-)

icee-yah said...

huhu..memang menu die pelik ek...

Mak Lagenda said...

Tak kesampaian lagik mak nak tgk movie nih..