Pages

Thursday, April 5, 2012

Memang Sedap Burger Kaw Kaw Wangsa Maju

 Sebelum ni tak dapat makan Burger Kaw Kaw bakar @Wangsa Maju, maklumlah ramai sangat yang beratur. Tapi akhirnya, semalam dapat gak terjah tempat tu. Pi ngan member office, kebetulan member tanya tempat tersebut.

Masa gi tu dah hampir maghrib, so dua orang rakan office pi beratur sementara kitaorang pi sembahyang kat madrasah berdekatan. Dapatlah nombor 52, masa tu lebih kurang kul 7.25 malam.

Kul 8.45 malam dapatlah makan. By the way, kitaorang makan beef burger+cheese+beef bacon @RM10.50. Semua makan yang single aja kecuali sorang ambil double. Untuk 6 orang semuanya  RM68.50.

Tapau sebiji burger ayam @RM7.50 untuk my daughter, Afiqah. Jom kita tengok Burger Kaw Kaw ayam.

 Memang ayamnya sungguh lembut dan tebal gak patty. Ditambah pula ngan kegaringan ayam dan dibakar memang terasa sedap apabila digigit. Baunya aja sudah cukup untuk memikat.

 Memang lain kali kena pi beli lagi maybe kalau ayam ni ditambah dengan cheese lagi sedap dimakan.

 Entah apa yang Afiqah fikirkan sambil memegang lidi yang dicucuk kat burger ni. Entah apa tujuan lidi ni saya pun tak tahu. Secara overall ayam ni sedap, sorry lain kali saya bagi rating burger ayam kaw kaw ni ya. Bagi beef+cheese+beef bacon saya bagi 8.8 out of 10.

Memang puas Afiqah makan burger ni. Dah lama Afiqah nak makan benda alah ni. Lain kali kita makan lagi ya.

17 comments:

Myvitrd said...

Huhu jelous aku ni... Smpi skrg masih gagal untuk dptkn burger kaw2 ni

SyUhAdA said...

dpt mkn jgk ye akhirnya..

Zeaf I-sahus said...

nampak menarik,,tapi cam mahal je~

Hani Syahani said...

ya Robbi,,,,sedapnye, lapo!!

Kancilbiru said...

uiiii sedapnyaa...terliur..

onlajer said...

Tengok jadi lapar betoll

fiza said...

Alahaiiii...pepagi dah disajikan dgn gambo makanan ☺☺

Tak berkesempatan lagi nak gi.

Mak Lagenda said...

Akhirnya dpt jugak nik makan ya..

hazman aka species1980 said...

Perghh.... dengan penuh kesabaran dapat gak MAKAN BURGER impian tue yea.... dasat la bro...

Ckin Kembaq said...

terus lapar burger ha..hehe

icee-yah said...

waa..dpt jugak.bila la icee nk pg neratur plak ni:)

vidalsisah said...

Aiiisehhhmen... nitik2 liurmaknihaa nengoknye!

MrJocko said...

Byk kali dah dengar pasal burger ni,,, kena try ni,,,

siti murni said...

memang glamer burger ni skrg yer..dengar2 nya beratur panjang nak beli ni..mengalahkan nasi kandar beratur....hmm..org dekat pun masih tak berpeluang, apatah lagi yang jauh..kan...tp serius tergoda tengok burger2 dia..

arekymz said...

hari tu member pergi makan sana lah.
tak dapat nak join dorang sebab busy.
macam terliur je tengok buger tu.
yummm.
=.='

cimon said...

Perghh... xajak aku. Sampai hati ko nik. Huhu(T_T)

Juadah said...

Ini ke burger bakar yg org dok cerita tu. baru ni ada masuk dlm jjcm. Betul ke sedap ni? tak sabar nak gi terjah