Pages

Monday, April 30, 2012

Jus Oren Fresh dalam Mesin Pun Ada

Hari tu pi Gleaneagles Hospital Kuala Lumpur, ternampak le satu mesin ni. Wow sekarang ni macam-macam dijual dalam mesin, kalau sebelum ini ada air kotak, air tin, coklat dan sekarang ni, air oren fresh pun ada. Tengoklah dalam mesin tu, ada banyak buah oren yang segar. Boleh nampak depan mata mesin tu perah air oren.

Harganya adalah RM5.50 secawan. Tak sure ramai ke orang beli benda alah ni. Pass aja le.

Buah-buahan oren ni disusun rapi dalam mesin ni. Nampak fresh gak oren ni tapi kalau lama berada dalam mesin ni, tak ada orang beli, alamak rosaklah oren ni.

Tak sure macam mana benda alah ni sebab tak cuba pula, adakah airnya sejuk dicampur ngan ais or just air perahan biasa aja. Nanti lain kali bila pi Gleneagles Hospitak kita cuba ya.

13 comments:

~aSHa~ said...

mcmane dgn kulit tu...ada alat buka kulit sekali ker

afiqah ashiya said...

wah.. macam best je.camne die wat nih? ade orang kot dalam tuh..hoho

Kancilbiru said...

fuh...mmg betul2 fresh ni...diperah daripada buahnya. tapi rasa macam agak mahal..

Hazmin Hamudin said...

Canggih betul mesin air sekarang ni. Tapi kalau takda orang beli, rugi macam tu je buah oren tu.

Hani Syahani said...

Wah,mkin modenlah,tp kulitnye cmane? Dikupas ke x ye?

nurfauzi said...

RM5.50 secawan...
besar mana cawannye

icee-yah said...

waa..menarik:)

Salmiza said...

betul2 fresh ni...mesti sedap...

Salam kenal:-)

eelobor said...

agaknya ada tempoh tertentu kut untuk mereka tukar oren yang baru & lebih segar

Mak Lagenda said...

Semakin moden dan canggih nampaknya dunia skrg ni yeh..

Insan Biasa said...

kalau x silap, di jepun, smua benda ada jual pkai mesin cmni, majalah, buku, dll.. kat sana x terhad mesin utk air je... menarik,kan?

hazman aka species1980 said...

suatu idea dan percubaan yang bagus nie... cuma bila dah letak kat hospital swasta harganya tinggi la kan

Unknown said...

Sy pernah beli air limau guna mesin mcni.
Kita ambik dgn siap smua. Trus mnum je.
Tp kat malaysia sy xpnah lg jmpa.
Klau dekat china bayak..