Mengikut akudansesuatuz, gempa bumi berukuran 8.9 skala richter telah melanda Acheh, Indonesia hari ini, 11 April 2012 pada pukul 3.57 pm waktu tempatan.
Manakala illustrasiku, memetik Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran kepada orang ramai agar menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berkemungkinan berlakunya tsunami.
ibnlive pula melaporkan bahawa setelah gempa bumi kedua melanda Indonesia mengeluarkan amaran tsunami tetapi beberapa jam selepas itu ancaman tersebut tidak kelihatan besar.
Apa-apa pun, diharap gempa bumi kali ini yang melanda Acheh tidak mengakibatkan tsunami. Kalau kawan-kawan ada pengalaman ataupun menghadapi gegaran bolehlah share kat sini sebab saya dapat tahu ada beberapa tempat di Malaysia mengalami kesan dari gempa bumi.
Untuk perkembangan terkini boleh tengok di twitter @gempa bumi.
3 comments:
Memang terasa.
petang tadi duduk hadap PC, terasa beralun2 pulak. ingatkan kita ni penig. rupenye satu rumah niterasa bergoyang.
2 kali terasa. Sampai ke Muar ni terasa gegarnye.
Baru kena gegar sikit dah terase pening2, tak dapat bayangkan orang yang betul2 kat tempat gempa. lagi azab
takde rasa pape, maybe kawsan2 sana je kot, tp bila dgr berita smlm mcm seram jugak, terus terbayang thunami2 yg lepas..subhanallah..
Harap harap Tsunami tak akan berlaku.
Post a Comment