Pages

Thursday, April 19, 2012

Jom Tengok Beras Terbakar @Padang Matsirat Langkawi



Sebelum ini banyak kali mendengar kisah mengenai beras terbakar di Padang Maksirat, Langkawi. Kali ini berkesempatan untuk melihat sendiri.

Sebeum masuk untuk melihat kawasan di mana beras terbakar, kena lalui tempat di mana terdapat banyak kedai di kanan dan kiri yang menjual kain-kain batik, t-shirt dan juga of course barangan yang berasaskan gamat.
Jom kita masuk dan tengok sendiri macam mana rupanya beras terbakar yang diperkatakan oleh penduduk Padang Matsirat Langkawi. By the way, masuk adalah percuma.

Ini adalah rumah yang mana tempat kawasan beras terbakar. Tapak rumah masih dikekalkan.

 Ini pula tanah yang mana beras terbakar boleh didapati.

Mengikut kisah, semasa Langkawi diserang oleh Siam, Dato Kemboja iaitu ketua perang angkatan Langkawi merasakan mereka kalah kepada Siam. So untuk mengelakkan tentera Siam mendapat bekalan makanan so beliau menyuruh tentera Langkawi untuk menanam beras dan seterusnya membakarnya. Begitulah ceritanya.


Kalau nak tengfok beras terbakar, beginilah rupanya. Ianya diletakkan di dalam pinggan yang mana berada di dalam bekas kaca.

5 comments:

Ckin Kembaq said...

ingatkan bencana tadi..hehe

Mak Lagenda said...

Dulu, taim mak kecik2 pi sini, masih lg buleh kutip beras2 nih bawah umah si tuan umah ni..mungkin semakin pupus beras terbakar ni, so dia bubuh la dlm kaca mcm tuh..

btw, kata org..klu kita cari tepi2 pagar or kat tepi2 psir sana, masih blh dijumpai lg beras yg hangus terbakar tu

Zura Tahir said...

plg best kat sini kedai tepi2 tue...hehehe...byk kedai..

Bella Enveeus said...

history ni mmg pernah baca tapi tak pernah lagi tengok depan2 mata.. kena visit ni!

RN9 said...

Tak sabar gak ni nak visit Langkawi hujung minggu ni..