Ni nak citer pasal coklat Daim. Anyway before that nak bagi credit kat blog fanpop sebab saya cilok gambar Daim ya. I am sure ramai yang suka kat coklat ini kan?
Anyway entry ni dah lama nak tulis tapi tertangguh jom kita selidiki benda alah sama ada coklat Daim ni halal ke tak?
Anyway 2 bulan lepas saya ada hantar query kat customer service Kraft bertanyakan mengenai product Daim. Jawapannya adalah Daim tidak sesuai bagi vegetarian, maknanya ada kandungan haiwan. Apabila saya bertanyakan lebih lanjut, diaorang tak jawab. Kalau ianya mempunyai kandungan haiwan, haiwan apa yang digunakan dan kalau haiwan tu bukannya yang haram, adakah ianya disembelih berdasarkan syariah or just susu yang digunakan? Banyak persoalan yang tak terjawab tapi yang saya boleh simpulkan ianya mempunyai kandungan haiwan.
Mengenai Daim yang dijual kat Malaysia saya tak tahu le sama ada ianya halal ke tak sebab yang saya tanya kepada kraft Europe. Itu menjadi persoalan sama ada Daim yang kat Malaysia ni diperbuat dari Eropah or Malaysia.
Entry ini bukan untuk menyatakan fakta mengenai halal or haram coklat Daim di Malaysia tetapi ingin mencari jawapan. Kepada yang arif apa kata tolong share pandangan.
UPDATE: Anyway berdasarkan website gmwaUK, produk Kraft yang dijual di UK termasuk coklat Daim adalah HALAL.
"Last Updated:
27/02/2012
Note from Kraft Foods:
"This information is only applicable
to Kraft Foods products that are on general sale in the United Kingdom
and may not be applicable to the same produced and on sale in the
world. These products are "suitable for a Muslim Diet" according to the
information provided to GMWA in good faith. The information is valid
at time of publication, but recipes may change after this time, so
always check ingredients lists on-pack for up-to-date information"."
16 comments:
tak halal ker? dush dush :P
Assalam..
Harap sangat halal, dah habis 2 bungkus dah dalam masa 3 hari.
nasib baik dah ada yang update tuh.... selamat darah daging dari dijilat api
ada pack untuk luar negara yang bikin keliru.. macam kes Coke jugak..
good effort, bagus lah bang nik!
at least ada pengesahan dr negara luar...
sbb klu kita beli cheese kat supermarket pun, ada halal mereka tpi dr negara pengeluar masing2 kan...
Daim? Tak pernah pulak saya membelinya. Jika tak halal kena cepat2 lah jakim haramkan~
kalo ke langkawi..itu yg dicari...ishhhh
Masih confuse... nak tahu jawapan yang setepatnya.. coklat kegemaran ni.. ;)
nasib baik tak suke makan coklat tu...
opssss.,.baru bulan lepas makan coklet nie.,sedap kot.,.tp tu la x tau halal ke haram.,.ape2 pon jgn was2 la.,.
senang gini..mintak jakim check kandungannya tu..takpun bawak je sendiri ke mana2 tempat yang mmg check kandungan dlm tu..nanti dapt jawapan,bolehla kongsi..makanan syubhah tak leh makan..effect rohani... ^_^
p/s : dah tak makan coklat yang diragui kehalalannya...baik mengelak dari ianya menjadi darah daging.. ^_^ byk lagi makanan yang halal and sedap..inshaAllah..
Makan coklat rongak gigi!!!!!!!!!!!!!
Harap halal lah
halal luar negara mcm australia n thailand better than halal malaysia. time beli tu, mmg x nmpk halal pun... huhu
Please lah...halal malaysia beribu kali ganda lagi bagus dari australia...lain2 negara banyak penipu cth terbaek ialah butter churn...ko boleh tgk camner syarikat tue menipu...guna badan halal yang menipu jugak...so jakim guna teknik trace dna ...lagi satu mencari halal tu fardu
Bnyk lagi coklat lain yg halal..knapa nk cari yg syubhah jugak
Post a Comment