Pages

Tuesday, April 17, 2012

Coklat di Kedai Haji Ismail Group @Langkawi adalah Halal

Ingat lagi tak entri saya bertajuk "Coklat Daim Halal Ke?". So saya ada le bertanyakan mengenai perkara ini kepada salah sebuah kedai yang menjual coklat yang besar di Langkawi iaitu Haji Ismail Group di Pekan Kuah.

Mengikut kedai Haji Ismail, mereka mempunyai sijil halal dari JAKIM. So tak pelu le was-was untuk membeli coklat di kedai Haji Ismail @Kuah. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh call Pengurus Pentadbiran mereka, Puah Siti Patimah di 04-9672717.

Makanlah tanpa was-was ya.

10 comments:

Nurul Akmal said...

Alhamdullillah akhirnya terjawab sudah.. time kasih untuk info ni.. ;)

Anonymous said...

jdi, bleh bt kesimpulan semua yg dijual halal kan sbb pembekal mereka mesti pembekal yang same juga.. hope so.. ;)

wan

Anonymous said...

tp kenapa xde cop halal kat bungkusan?

Anonymous said...

Saya cek kat website JAKIM www.halal.gov.my (22 Jan 2013)tiada produk Daim pun? Coklat Daim ni yang biasanya terkandung whey atau whey powder yang kebiasaannya dihasilkan dari haiwan, seperti lembu. Nak kata orang bukan islam sembelih lembu dia dulu tu boleh jadi tidaklah. Kalau mereka bersusah payah sembelih lembu tu secara syariah, lebih baik lah dia dah lama letak tanda halal.. Wallahu a'lam bissawab.

ika hamid said...

ehm,mcm mana pula dgn pepero letto yg skrg tgh top...xde logo halal...blh dimkn ke??? tq

Mrs.Qarlista said...

Pengakuan ada sijil halal tu was-was. Sijil halal utk kedai ke? Isunya adalah adakah produk coklat itu berstatus halal? Jika ya, sepatutnya ada logo halal pada pek coklat.

HASRUL HASSAN said...

Produk luar negara sering bertukar kandungan, lebih baik periksa sendiri kandungan yang ada dipaparkan pada pek, jika ada bahan yang meragukan, tanyalah pada mereka. Lebih baik ambil tahu bila ada was-was. Halal dan haram jangan buat main.

sya74 said...

apa maksud yg dijual dikedai itu halal dimakan?....di tempat lain tidak halal/halal?..status halal tu pada makanan...bukan pada kedai...persoalan skrg produk tu sndiri...dri pembuatnya..kilangnya...bukan kedai yang menjual...

Bboy Redclawz said...

coklat tu kn diimport , lgi pun x semua negaranya islam kene ltak tnda halal n x smesti nye klau x de halal tu haram je . lain negara lain dia punya style nye

Raden Patah said...

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm