Pages

Saturday, April 21, 2012

Jom Cuba Seafood di Restoran Nelayan @Bukit Malut Langkawi


Selain daripada menikmati keindahan pantai dan juga shopping, kat Langkawi ni tempat makannya pun nit bad. Semalam kitaorang pi kat Restoran Nelayan yang terletak di Bukit Malut, kalau saya tak silap. Anyway kitaorang sebenarnya dah makan so datang kat sini just nak lepak-lepak aja.

Restoran Nelayan ni berdekatan ngan jeti, tempat nelayan "turunkan" hasil tangkapan. Tengok le ianya masih segar, macam-macam ada, ikan, ketam, sotong, kerang dan sebagainya.

Alamak sorry le tak tahu pula nama ikan-ikan ni.

Yang ni saya tahu le ikan pari.

Since dah malam so tak nampak bot-bot nelayan yang berlabuh.

Ni le senarai harga makanan laut. Cuba tengok sotong ianya RM2.50 untuk 100 gram, jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kat Restoran Terapung HM Sri Bagan @Bagan Lalang, Sepang. Kat Bagan Lalang, sotong ni RM4.50 untuk 100 gram.

Lepas order kat bahagian makanan laut mentah, diaorang akan bagi kad yang ada nombor. So senang le diaorang nak hantar makanan nanti.

Since kitaorang dah makan so hanya order sotong goreng tepung, udang masak mentega @butter prawn dan kerang bakar. Boleh tahan juga benda alah sotong ni tapi tak berapa garing. Ovreall bolehlah. Nak bagi rating ke? Hmmmm, tengah fikir ni, saya bagi 7.4 out of 10 le.

Yang ni butter prawn. Sedap ke? Kalau nak tahu apa kata cuba benda alah ni. Kerang bakar, tak sempat nak ambil gambar. Kalau nak tahu, kerang tu hanya diambil isi dan dicucuk macam sate. Boleh tahan gak kerang tu, memang besar dan sedap gak.

By the way, ada benda alah jalan-jalan cari makan @TV3 kat dinding tu. Kitaorang makan seafood ngan air untuk 4 orang, semuanya RM40++. Tak makan nasi pun sebab memang dah kenyang. Just lepak-lepak aja. Anyway, kalau nak makan seafood kat Langkawi, boleh cuba Restoran Haji Ramli kat Pantai Chenang. Kat sana pun sedap, especially sotong goreng tepung, memang ranggup.

6 comments:

hazman aka species1980 said...

betul tue bro...kalau makan seafood kat kedah n perlis memang murah la ... yang penting fresh kan

icee-yah said...

Butter prawn die nmpk lain sikit kn..

Juadah said...

Lokasinya agak tersorok. Tapi seafood nya freshh..

Anonymous said...

Sumpah aku tak mari dah ..tunggu sampai 1jam 30min ..betul hot

Saab Langat said...

Alamak ! Katmana lak ni

munira said...

Seriously? Lansung x sedap. Semua food tasteless. Tuka cook kot?