Hari tu pi le kat Terminal Bersepadu Selatan. Ianya tempat bas-bas dari or ke arah selatan.
Memang cantik betul, tak ubah seperti airport. Memang cukup bersih dan kaunter yang tersusun rapi.
Paparan skrin yang cukup besar dan jelas bagi memudahkan orang ramai mengetahui mengenai perjalanan bas.
Kalau tak ada duit, jangan risau banyak mesin untuk keluar duit.
Kalau lapar kedai dan restoran memang banyak.
Tak tahu arah mana nak tuju tengok le directory.
Dah tu, apa lagi? Dah siap balik le, takkan nak tidur kat sini kot.
Bayaran untuk parking kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hanya RM3 sekali masuk tapi jangan pula hilangkan tiket, tak pasal-pasal kena baya RM30.
Tu le sedikit sebanyak mengenai TBS yang bertempat di Bandar Tasik Selatan. Sorry le tak sempat nak round semua bahagian. Nak tahu lebih lanjut jom terjah Terminal Bersepadu Selatan.
5 comments:
amboi, best beno nampaknya...rasenye kalo tertinggal bas pon xpe kan, rilek je...hehehe!!!
terminal yang dulu pernah kontroversi sekejap dek kerana caj yang memeningkan pengusaha bas.
dekat rumah je tapi tak bkesempatan pergi..napa tak calling2 nk pi
Memang cantik.. tp takut la nak naik bas zmn skrg ni kecuali berteman.
dulu masa dok kampung malaysia tambahan, hari2 berdebu teruk sangat kereta sebab lori2 angkut tanah keluar masuk. bila dah siap... pergh memang cantik sangat2. tetapi kenapa masih ramai pengusaha2 bas yg belum memanfaatkan sepenuhnya kemudahan2 yang disediakan yer? di mana silapnya?
Post a Comment