Pages

Wednesday, April 18, 2012

Harga Big Mac di Malaysia antara Termurah di Dunia?

Mesti ramai yang suka makan burger ya? Saya bukan bercakap mengenak burger bakar yang famous di Wangsa Maju, Burger Kaw Kaw tapi mengenai Big Mac.

Inilah buger McD Big Mac yang saya maksudkan. Ianya ada 2 patty ya. Kalau kat MCD ianya berharga RM6.95. Hmmm, kalau burger Kaw Kaw macam ni more than RM13.00. Berbalik pada citer Big Mac ni, adakah RM6.95 ni murah ke mahal jika kita bandingkan dengan negara-negara lain? Jom kita tengok.

Berdasarkan 44 tempat, nampak gayanya harga Big Mac adalah termasuk daripada 5 negara termurah yang menjual Big Mac. By the way, Big Mac Index ni dibuat oleh majalah The Economist. Harga kat Malaysia ialah USD2.34 dan yang paling murah di dunia ialah India @USD1.62.

Yang paling mahal ialah Switzerland @USD6.81. Kat kawasan negara Euro pula ianya dalam carta nombor 11 @USD4.43 iaitu sedikit lebih mahal jika dibandingkan dengan kat Amerika Syarikat @USD4.20.

Macam mana pula di negara-negara jiran? Indonesia dan Thailand @USD2.46 manakala Singapura pula @USD3.75

Yang ni pula perbandingan mengenai berapa biji Big Mac yang kta boleh beli jika seseorang memiliki USD50. Sebagai contoh India @30 biji, Malaysia @21 biji, US @11 biji manakala Norway @7 biji.

Sebab tu le kita sering kedengaran orang bercakap, harga barang-barang di Malaysia adalah lebih murah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Adakah ini menggambarkan yang kuasa membeli rakyat Malaysia adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara lain? Bagi saya mungkin ya mungkin tidak.

Yang lebih tepat harga tersebut perlu dibandingankan dengan gaji yang kita terima. Sebelum saya bercerita mengenai benda alah ni, sekarang ni selain daripada Big Mac Index ada juga orang guna Starbucks Coffee Index, iPod Index dan Indek Rak Buku kat Ikea.

 Jom kita tengok kuasa membeli berdasarkan data income per kapita (pendapatan per kapita)@wiki. Bagi tahun 2011, dalam 184 negara, pendapatan yang paling tinggi ialah Luxumbourg @USD122,272 diikuti Qatar USD97,967 dan seterusnya Norway USD96,591. Guess what Singapura nombor 17 @USD50,714.


Malaysia di tangga ke 68 @USD8,617 or RM2,154 sebulan di bawah  purata dunia USD9,998. So betul ke barang-barang kat Malaysia murah i.e citer mengenai Big Mac ni? Kita tengok berapa biji Big Mac boleh dibeli oleh negara-negara ini ya berdasarkan gaji harian. So bahagi le ngan 365 ya.
  • Malaysia @10 biji
  • Afrika Selatan @9 biji
  • Singapura @37 biji
  • Norway @39 biji
  • Amerika Syarikat @31 biji
  • Thailand @6 biji
  • Indonesia @4 biji
So begitulah secara ringkas. Kalau harga murah, kita kena bandingkan dengan gaji juga ya.

5 comments:

azzey said...

pg2 tgk burger ni rasa lapor plak...

nurfauzi said...

betul, perbandingan dengan gaji juga perlu kita buat. semak harga barang dengan gaji yang diperolehi.

kalau murah di Malaysia, tapi gaji kita rendah, jadi mahal juga pada kita.

hazman aka species1980 said...

Hurmm.... BIG MAC nie kalau masuk slot HAZMAN VS FOOD pun bagus gak nie... tapi saya prefer burger ramly je....

Hasan Amran said...

murah aje rupanya kat Malaysia... huhuhuh...nasib baik tgh diet. Kalau tak dah start kereta g McD...

cimon said...

Check the size dude.