Pages

Wednesday, March 21, 2012

Sate Sedap di Klasik Satay Station @Taman Kepong Indah

Memang sate ini tidak dapat dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Tetapi kat mana nak cari sate yang sedap? Dah dua kali saya pergi ke Klasik Satay Station yang bertempat di Jalan 1/1A, Taman Kepong Indah, 52100 Kuala Lumpur.

Sate dibakar secara terbuka, so bolehlah tengok ya. Anyway kalau nak tahu ianya dibuka setiap hari (kalau tak silap) bermula kul 5.00 petang. Boleh call tokeynya @019-364 9205 or satay2u@gmail.com.

Memang seronok juga tengok diaorang membakar satay. Memang klasik betul. Kalau nak senang dan ada GPS boleh tekan N03 13.662 E101 38.308 (yang ni saya ambil from suratkhabar The Star).

Wow, voted no. 1 satay in Klang Valley. Kalau tak percaya boleh cuba. Memang sedap.


Nasi lemak biasa @RM1 ada juga dijual. Memang simple telur ngan sambal aja. Tak ada kacang dan tak ada ikan bilis.

So kalau makan ngan sate lagi sedap. Memang itu tujuannya pun.

Kuahnya pekat, memang tak cukup satu mangkuk. Tambah lagi ya.

Nak sedap boleh tambah sambal, kalau yang suka yang pedas ya.

Inilah rupanya sate, memang garing, daging ayam yang lembut. Secucuk @70 sen. Memang berbaloi punya. Dah 2 minggu berturut-turur saya terjah tempat ini. Hmmmm, hujung minggu ini tak sure nak pi lagi ke tak.

Yang ajaibnya, my son, Danish yang tak pernah makan sate pun boleh makan benda alah ini walaupun dalam satu cucuk Danish makan sebuku daging aja pas tu ambil sate yang lain. Maklumlah bila aja kena part lemak memang tak makan. Tapi memang teruja tengok Danish boleh makan sate ni.

Afiqah jangan cakap le, memang suka makan sate. By the way, air kat sini pun harganya OK aja, kalau yang panas i.e. teh o or kopi o, ianya RM1 aja manakala teh o ais RM1.20. Kalau nak yang jus i.e. tembikai @RM3.00.

Inilah perbezaan daging biasa ngan daging premium. Baca jangan tak baca ya.

Kalau tak nak makan sate boleh cuba yong tau fu ya.

Aik apasal benda alah sink pun saya letak sini. Apa yang saya nak cakap ialah memang suka ngan basuh tangan yang pekat. Maklumlah ada sesetengah tempat guna sabun tangan yang sangat air. Macam basuh ngan air je, memang cukup benci tapi tempat ni memang OK.

Opppsss, terlupa nak bagi rating untuk sate kat sini. Out of 10, saya bagi 8.9 ya. So jangan lupa terjah Klasik Satay Station @Taman Kepong Indah.

10 comments:

saji.my said...

Assalamualaikum saudara,

Saya Saiful dari saji.my. Saya ingin memohon kebenaran menggunakan artikel makanan di blog ini unutk dimasukkan ke dalam laman saji.my. Kredit akan diberikan kepada blog ini. Harap membenarkannya.

Admin
Admin saji.my

Sharinginfoz said...

saji.my: salam, boleh aja. thanks for visiting here

Papa-NtiQ said...

hmm menarik blog ni...banyak reference...senang2 tu jenguk blog saya yg serupa concept kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik sama macam kat sini..makan makan dan makan hehe...harap register follower kat blog saya baru ceria skit maklum la blog baru nih sunyi je TQ TQ TQ

Wan85 said...

http://wanwidget.com/
saya yg tgk entry ni pon rasa terliur nih

*SiRibenMerah said...

wahh.. kena g terjah neh.. hehe :)

hazman aka species1980 said...

Whoaaa.... kat KL pun senang cari satay yang best... bro kena kasik business card supaya kita sumer leh buat FOOD REVIEW ramai2x....hehehee

Mak Lagenda said...

Nnt klu free2, leh ajak NIk open table kat sini kan?

Hihihi..

JMR said...

stylo gk gerai tmpt bakar satey tu..ada masa nk kn terjah gk tmpt ni kan..

eelobor said...

tunggu bro call ajak makan sate.... on jer

cimon said...

Tapau arr bwk mai opis bro. Nk jgak rase. Huhu