Pages

Monday, March 12, 2012

Memang Sedap Aiskrim Fondue Baskin Robbins Cafe The Gardens Mid Valley

Terasa pula nak makan ice cream fondue kat Baskin Robbins. So terjahlah ke Baskin Robbins Cafe The Gardens. Anyway benda alah ni tak ada kat semua BR outlets so kenalah pi cari kat cafe, i.e. Mid Valley, The Gardens, Sunway Pyramid, Pavillion dan beberapa tempat lagi.

Jom kita tengok senarai harga "chef made desserts". Anyway aiskrim fondue tu ada 2 saiz, regular @RM39.90 dan large @RM49.90.

Inilah fondue, aiskrim yang berbentuk bebola kecil. By the way, yang regular ada 20 biji dan yang large ada 30 biji. Kitaorang ambil yang large, makan berempat anak beranak. Selain aiskrim, ianya didatangkan bersama buah-buahan, strawberi, pisang, anggur dan kiwi. Ada juga brownies. Saucenya kitaorang ambil dark chocolate. Kalau tak nak yang ni boleh pilih hazelnut.

Macam-macam aiskrim ada, ianya dah ready, so tak boleh pilih-pilih le. Kena tunggu lebih kurang 10 minit diaorang siapkan set ni.

Makanlah yang mana berkenan di hati. Kalau tak silap kat outlet ni ada lebih kurang 32 macam aiskrim yang set ni maybe lebih daripada 15 kot.

Strawberi, banana, yogurt, coklat dan banyak lagi.

Aik mana perginya strawberi, habis dimakan oleh my daughter, Afiqah. So sharinginfoz makan kiwi le.

Diaorang bagi 5 pencucuk @fork. Terjatuh pula aiskrim dalam coklat ni.

Danish tak berapa suka ngan coklat sauce ni, so makan ajalah macam tu.

Tengok Afiqah memang suka betul ngan aiskrim fondue ni.

Hampir 30 minit habis le. Memang sedap, maybe next time kena datang lagi.

Masa nak bayar, cashier tu tanya ada maybankard tak? Tak kira kad kredit or debit kad, dapat diskaun 10%, subject to minimum purchase of RM25. So apa lagi gunalah, so dapat leh save kan. Actually tanpa kad harga RM49.90+6% govt tax=RM52.90. So guna kad debit harganya RM47.60. Penjimatan adalah RM5.30.

12 comments:

Bo the Nerd said...

Petang tadi teringin nak makan aiskrim tapi hujan pulak. Boleh try Baskin Robins fondue ni, layan aje.
Btw, siapa kata credit card tak elok? Dapat diskaun lagi tu.

Wan85 said...

http://english.wanwidget.com/
nmpk sangat lazat nih

cimon said...

Perghh... TERBAIK!!

@H.E.L.L.O said...

sedap betul.HAHA.
nk best http://bijakpandai94.blogspot.com/

KiD said...

tu diaaaa... peminat baskin robins anak beranak.. :)

arekymz said...

oh..
macam tu eh,,
dah lama tak makan BR ni..
ampang point pun ada BR.
Ice cream mahal mmg la sedap kan..

anisalya said...

memang nampak sedap. saya pun suka coklat dan aiskrim.

siti murni said...

set ni tak ada kat semua outlet yer?

alamak....serius nampak sedap lah!

mamaNoriz said...

asikrim mahal mmg lah sedap bang Nik...heheheh

sbb yogurt dah jadi ternd sakng, BR pun tak ketinggalan selit yogurt kan...

Anonymous said...

fondue ni dekat baskin robbins melaka ade x ye..

MJ said...

haaaa.. maybankard ada discount? Cashier tak bagi tau pun :((

Leen her said...

hahaha..tak bagitau takpe awk..ni customer da tau..tapi diorg sendri tak tau ada diskaun camne??sakit hati ni..semangat2 nak hepi2 trs bad mood..da la tak bagi diskaun..layan org macam sengkek benau!

http://herdiaryoflife.blogspot.com/2013/03/baskin-robbins-pavilion-what-bad.html