Tengah-tengah berinternet, tiba-tiba rasa nak tahu berapa agaknya jumlah wang simpanan kat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). So bila google, jumpa le website
einsuran. So apa lagi jom kita kira guna kalkulator bersara untuk mengetahui agak-agak berapa jumlah bila kita bersara nanti.
Ini sebagai contoh ya, tak ada kena mengena dengan sesiapa, kalau sama tu kiranya kebetulan. Jom kita masukkan data:
- Umur sekarang: 30 tahun
- Umur bersara: 55 tahun
- Inflasi (kiranya kenaikan tahunan gaji kita le): 4%
- Gaji kasar sekarang: RM3,000
- Caruman pekerja: 11%
- Caruman majikan: 12%
- Dividen KWSP: 4% setahun
- Jumlah dalam penyata sekarang: RM50,000
So hasilnya, bila kita bersara pada umur 55 tahun iaitu 25 tahun akan datang bagi seseorang yang berumur 30 tahun sekarang, jumlah dalam KWSP adalah sebanyak
RM707,193. Banyak gak tu tapi agaknya masa 25 tahun akan datang berapa le nilainya sekarang ya? So apa lagi jomlah kira menggunakan kalkulator bersara ya.
6 comments:
bagus ni, especially utk pekerja swasta dan bukan penerima pencen gomen..
tapi klu bole, duit dpt tu nanti dibuat 'cleansing' mana yg perlu sbb kwsp ni tak patuh syariah kan...
sebab itu kalau ada duit lebih, perlu menabung, simpan sikit-sikit kat tempat lain.
guna instrumen takaful ke, saham amanah ke, asalkan menyimpan.
Kalau tidak habis begitu saje...
Kalau tengok JUMLAH tu macam banyak tapi bila dah 25tahun akan datang rasanya NILAInya pasti mengecil...
okay la tu.
boleh beli banglo sebijik.
lepas ke?
hehe.
Kalu nilai inflasi meningkat ker 7% bermakna jumlah duit itu juga akan susut nilai sebanyak 7%. Guaner gamok?
bagus info ni....kena jimat cermat!!
Post a Comment