Pages

Monday, March 26, 2012

Jom Makan di Strawberry Moment @Cameron Highlands

Apa kata kalau yang pi ke Cameron Highlands singgah jap di Strawberry Moment. Ianya berdekataan dengan tapak pasar malam. Konsep restoran ini macam Secret Recipe.

Memang cukup menawan restoran ini. Kalau tengok pasti terasa nak masuk.

Walaupun tak ada tanda JAKIM tapi ianya ada pengesahan IFRCA.

Ni le alamat kedai tu ya.

Ini memang sungguh tertarik, strudel. Kalau nak tahu strudel ialah pastri yang berlapis yang mana dipenuhi dengan sesuatu yang manis dan selalunya ada cream.

Memang dipenuhi dengan strawberi. Sedap gak benda alah ni. Anyway set ni bersama dengan air teh ialah RM14.90.

Set spaghetti ni pula ngan teh adalah RM15.90. Boleh tahan gak rasanya.

Yang ni kentang goreng.

Air strawberry memang OK tapi sedikit masam.

Inilah teh o panas. Memang di kawasan sejuk pekena air panas memang sedap.

Afiqah memang suka betul ngan spaghetti ni. Memang banyak gak satu pinggan ni.

Sejuk-sejuk pun nak minum teh o ais. Hantam ajalah Danish.

Kat sini ada wifi. So buatlah apa-apa yang patut ya.

8 comments:

arekymz said...

bawa lah pulang sikit untuk orang tanah rata ya.
haha.
:D

hazman aka species1980 said...

kalau gi cameron mesti kena makan strawberi kan....anyway brapa RATING untuk makanan nie bro...

Eliss Mie said...

terliurnya strudel tu... bila nak jejak kaki ke CH ni..asyik tak jadi ajer :p

madammondoq said...

lamanya tak pergi Cameron Highlands... uish.. terliuq ok tengok gambor2 makanan tu..

Kancilbiru said...

air strawberi tu nampak pekat dan mengancam...ekekeke

Faizal@PeJAY said...

sodap tu strawberi

*∽ IZAN ∽* said...

owhh memang terBAEKK!!!

Myvitrd said...

menarik2 insyaallah boleh terjah ni..