Sekarang ni banyak jenama frozen yogurt (froyo) yang terdapat di pasaran antaranya Tutti Frutti dan Moo Cow. Terbaru ialah Sourberry.
Masa jalan-jalan kat KL Festival City, jumpa le ngan froyo Sourberry. Memandangkan ianya baru sahaja dibuka, so ada diskaun 15%. By the way, harga untuk Sourberry ni ialah RM4.80 per 100 gm sedikit murah jika dibandingkan dengan Tutti Frutti @RM5.30 per 100 gram.
Cuma Sourberry ni tak banyak perasa, kat KL Festival City ada 6 aja antaranya laici, mangga, strawberry, honeydew dan plain. Satu lagi not available mesin tu.
Inilah topping, hmmmm benda alah ni lebih kurang kat Tutti Frutti aja cuma ianya ditutup. Takkan nak bukak kot masa nak ambil gambar satu kerja le pula.
Ini ialah topping buah-buahan.
So memandangkan ini kali pertama beli, so ambil sikit aja le. Rasanya not bad juga lebih kurang sama ngan Tutti Frutti cuma Sourberry ni cepat cair. Ni Afiqah punya ambil perasa laici, strawbeery dan mangga.
Danish pula ambil laici dan strawberry. Pa tu letak chocolate chips ngan M&M.
Untuk dua cup ni RM8.40 selepas diskaun. Next time bila datang ke KL Festival City bolehlah beli lagi. By the way, kalau tak silap benda alah Sourberry ni, selain kat sini, ianya boleh didapati di VivaHome dan AEON Jusco AU2.
4 comments:
kat mana KL festival.kat wangsa maju ke
Kite pon same tak pernah try pon lg sume tu.
syuhada dan vidalsisah: cuba jangan tak cuba ya
faizal: ya betul
macam macam dah ada kat sini.
banyak nye yang dah ter miss.
semua gara gara kerja yang tak tentu masa.
T__T
Post a Comment