Pages

Friday, June 8, 2012

Sewa Kereta di Langkawi

Kalau pi Langkawi, perlu sewa kereta untuk memudahkan kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kami sewa kereta dengan Al Falah Rental. Bagi picanto ni dapat RM90 untuk sehari. Itu selepas negotiate, harga asal ialah RM100. So kami ambil le untuk 3 hari.

Memang berbaloi sebab kan sekarang ni musim cuti sekolah, harga lebih mahal jika dibandingkan dengan hari-hari biasa. Anyway ada jumpa seorang pakcik tu dia cakap sewa teksi jalan-jalan Langkawi dan diaorang charge RM200 untuk 8 jam. Hmmmm, mahal kan.

Anyway sebut pasal tempah melalui online @internet ni sungguh mudah dengan Al Falah. Just sms je ke 019-5996286 then kita akan dapat reply cepat aja. Sebab sebelum ni saya ada tanya 2 companies tapi Al Falah memberikan response yang cepat. Untuk kami berempat kiranya just nice le Picanto ni. Boleh check spec Picanto ya kat livelifedrive. Kereta ni auto, tak sure le picanto ni ada manual tak.

Bonet tu boleh tahan gak muat untuk letak beg yang medium dan juga kecil.

Leather seat le pula siap dengan karpet merah.

Memang senang nak ke mana-mana dengan Picanto ni. Anyway kalau berminat nak sewa kereta boleh contact Al Falah dan bila dah confirm, deposit le RM100 then bakinya bayar masa nak ambil. Wakilnya tunggu kat airport masa bagi kes kitaorang then on the top of that, deposit kunci RM100 then akan dipulangkan masa hantar kereta kat airport nanti.

Satu aja komen saya mengenai kereta ini, Centralise key system tu kenalah pi baiki ya sebab bila kita lock pintu depan, yang belakang dan depan belah passenger tu tak terkunci melainkan enjin tu hidup. So apa yang saya buat ialah semua penumpang keluar then jangan matikan enjin then tekan butang kunci pintu then maikan enjin dan tarik semula butang kunci pintu then keluar pas tu kunci le pintu tu. Confuse ke?

7 comments:

amirah said...

aah..memang confuse..haha

eelobor said...

yer betul.... tersangat2 konpius. hihihi

Anonymous said...

Support WWF dalam mencegah kepupusan PENYU -->LINK WEBISTE WWF DISINI

Juadah said...

Picanto sya sewa kat jeti dpt harga RM 60. Tp itu hari biasa la... Kalu RM 90 musim cuti sekolah kira murah juga

Your Average Mat said...

Salam Sharinginfoz. Terima kasih kerana buat Blog review untuk Al-Falah Rental. Moga-moga boleh memberi perkhidmatan lagi nanti. Thank you!

bcrlangkawi said...

Boleh layari blog bang chik untuk info ke langkawi
Http://holidayssweet.blogspot.com

Cik Sara said...

yang hujung tu confius nak faham! hehe..