Pages

Saturday, June 16, 2012

Jom Makan Buah-Buahan di Mardi Agro Park Langkawi

Actually banyak lagi cerita nak ditulis mengenai kisah bercuti di Langkawi tapi takut bosan pula. Anyway kali ini mengenai lawatan ke Taman Agro-Teknologi Mardi.
Mula-mula tengok tiket masuk adalah RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Hmmm boleh tahan juga harganya tapi bila tanya kat kaunter, untuk warga Malaysia (tunjuk mykad ya) dapatlah harga istimewa. Memang kat Langkawi, untuk Malaysian, tiket masuk memang lebih murah untuk kebanyakan tempat menarik.
So RM5 aja untuk setiap orang tak kira dewasa or kanak-kanak, so untuk kami sekeluarga RM20 le.
Kami naik benda alah ni le untuk ronda-ronda dalam Taman Agro-Teknologi Mardi Langkawi. Kebetulan masa tu, kitaorang dah letih pusing-pusing Langkawi.
Pelbagai jenis pokok ada tapi kat sini saya letak satu ajalah. Guess, pokok apa ni?
Yang seronok kat sini lepas jalan-jalan, opppppp naik kenderaan, pemandu tu berhenti di satu tempat untuk fruit testing. Apa lagi makan le buah-buahan yang ada ya. 
Jangan mandai-mandai nak makan yang ada kat pokok ya.
Sempat bergambar dengan cempedak madu, buat kenang-kenangan kan?
Singgah kejap kat tempat diaorang tanam grapes. Makan jangan tak makan.
So kalau datang Langkawi, jangan lupa singgah di Taman Agro-Teknologi Mardi  Langkawi ya.

7 comments:

amirah said...

menarik jugak tmpt ni ye..dpt mkn buah2an lagi

Misz-ella said...

Bestnya. Dpt mkn mcm2 buah. peminat buah patut grab peluang ni.

Myvitrd said...

wah buah nangka tu siap ada mulut lagi.. hehehe

hazman aka species1980 said...

bro... carry on update citer pasal jalan2x kat langkawi nie... sebab boleh jadi rujukan untuk kengkawan blogger nanti... good job bro...

Mak Lagenda said...

Banyak tak pilihan buah buahan yg ada kat situ nik?? Takkan ada buah tembikai dgn buah naga jep?

Sharinginfoz said...

mak lagenda: ada le beberapa jenis buah since sesetengah buah tu kena ikut musim

dalila said...

antara tempat yg nk pegi nanti..senang x carik mardi ni sis?