Pages

Saturday, June 9, 2012

Masakan Thai @Restoran Wan Thai, Kuah Langkawi

Kalau berkunjung ke Langkawi, jangan pula cuba masakan thai di Restoran Wan Thai, Kuah ya. Ianya terletak di area Pokok Asam. Boleh tengok sini info mengenai Wan Thai ya.
Masuk aja memang cantik keadaan di sini dengan susunan dan juga hiasan pinggan atas meja ni.
Lepas order minta diaorang bagi saya satu menu untuk tengok-tengok ya. Pas tu kenalah pulangkan ya, takkan nak bawa balik pula.
Anyway sebelum order tu, dok aja atas kerusi, tak sampai 2 minit, pelayan restoran terus bawakan air kosong sedikit berperisa pandan. Memang sungguh efficient diaorang ni, customer service memang bagus.
Kitaorang order air, ini air oren not bad rasanya. Harganya berpatutan @RM3.00.
Air tembikai pun sedap sama le harganya dengan air oren.
Tak lupa dengan milo ais @RM2.00. Secara keseluruhan harga air kat sini sangat berpatutan dengan keadaan restoran dan layanan. Sebelum kita tengok makanan, jom kita teliti menu pula. 
 Ini harga untuk ikan ya, siakap dan jenahak tapi sayang masa tu jenahak dah habis. Anyway untuk 100g ianya RM6.00 untuk siakap.
 Yang ni pula untuk tom yam dan juga sup.
Macam-macam jenis salad ada.
Sotong pun sodap. 
Tak sah kalau tak order telur.
Kan saya dah cakap harga air kat sini OK.
Sebelum makanan sampai, sempat ambil gambar Afiqah. Request by Afiqah.
Ini diaorang bawa nasi dalam piring. Pas tu masuk le dalam pinggan ya takkan nak makan dalam piring. Mula-mula tengok sikit aja tapi bila makan banyak gak ya campur-campur ngan lauk. Nasi ni RM1.20 per plate. Anyway yang warna coklat kat atas tu pun nasi juga.
OK ikan siakap masak tiga rasa @RM27, cukuplah untuk dua orang since anak tak makan pun ikan. Memang suka ikannya yang sedikit garing tapi agak pedas. Saya bagi rating 8.1 untuk siakap.
Bila aja diaorang bawa sotong goreng, saya dapat rasakan ianya sedap. Tengok aja le sotong yang diaorang goreng, memang garing dan bukan macam sesetengah tempat, rupanya macam cekodok tak nampak sotong dan penuh dengan tepung. Yang ni saiz kecil @RM15. Saya bagi 8.7 out of 10. Must have menu.
Tom yam campur @RM12 memang sedap. Ada sotong, ayam, udang dan beberapa benda lain. Hmmm, sedap le, yang ni saya bagi 8.4.
Kerabu mangga ni fresh tak le lembik macam yang tempat lain. Ni berapa nak bagi ya, 8.0 dan harganya adalah RM10.
Telur dadar memang kembang dan tengok aja sudah memikat hati. Saiz kecil @RM3, maybe dua biji telur. Yang ni perfect @8.8. Sebelum ni makan kat area Pantai Chenang, harga lebih mahal @RM5 tapi rasanya tak berapa sedap dan tak garing langsung.
Entah apa yang Danish tengok ni. Orang tengah potong tembikai rupanya.
So ni le harga untuk kitaorang makan malam kat Restoran Wan Thai, Kuah @RM78.60. Harganya berpatutan untuk makan 3 orang since my son, Danish beli benda lain kat luar. Harga ni adalah untuk 3 air, 3 nasi, kerabu mangga, telur dadar, tom yam campur, sotong tepung dan ikan siakap masak tiga rasa.
Nak makan sini or nak mengetahui info lain boleh call ya pengurus restoran.
Pakaian pelayan kat sini memang sopan. 
 Restoran Wan Thai pernah mendapat anugerah pada tahun 2009.
Ni pula macam-macam anugerah lain.
Dan ini juga. So jangan lupa ya, bila pi Langkawi singgah le kat Restoran Wan Thai. Memang sedap, harganya berpatutan dan service memang baik.

10 comments:

JMR said...

anggun tol waitress kt situ..sopan lak tu:-)

afiqazizan said...

Murah jugak harga2 makanan kat situ..makanan pun nampak sedap.

eelobor said...

hehehe...tengok gambar2 makanan nih terus jadi lapar. dah la belum makan tghari lg nih

siti murni said...

wan thai ni memang recommended..fofular among locals & jugak tourist.

Khamsi Abdullah said...

keroncong dah ha~~

Mak Lagenda said...

Restoran Wan Thai ni mmg femes dan sedap makananya..

Adziim said...

Baju pelayan perempuan lengan pendek, tu je tak berapa sopan.

cimon said...

Perghh....

Terbaik ~~!!!

Juadah said...

Wan Thai memang best. sesuai nak bawa tetamu istimewa

muis ismail said...


Bln jun ritu ms pegi langkawi mmg plan nak makan kat wan thai ni, tapi ramai sgt sampai setengah jam nak kena tunggu meja, so tak jadi.. :)