Pages

Tuesday, June 26, 2012

Keropok Lekor Goreng dan Tauhu Bakar Sedap @Jus Buah Gelas Besar di Datuk Keramat

Hari tu baca entri di blog eyriqazz mengenai "Restoran Air Buah Gelas Besar @Datuk Keramat, Kuala Lumpur" so ada masa terus terjah.
Ianya terletak di hadapan Masjid Al-Akram Datuk Keramat dan bersebelahan dengan Mash Nasi Ayam. Memang parking susah sikit kat kawasan ni so apa lagi parking dalam area masjid le ya. 
Anyway Amat Burger & Jus Buah Gelas Besar ni dibuka setiap hari bermula kul 5 petang hingga 2 pagi.
Macam-macam jenis jus buah-buahan ada kat sini antaranya oren, epal, carrot, belimbing, mangga, tembikai dan honey dew.
Harganya RM2 segelas, memang murah dan yang bagusnya memang pure jus ni. Tak sure berapa harga untuk gelas besar. Air saya bagi rating 8.7 out of 10.
Yang sedap kat sini sudah tentu tauhu bakar, memang ranggup dan sosnya boleh tahan @RM2.50. Saya bagi rating 8.4 out of 10.
Tengoklah tauhu ni penuh dengan kacang.
Keropok lekor sudah menjadi menu yang pasti apabila berkunjung di Restoran Jus Buah Besar ni. Satu for 20 sen, mula-mula order RM3.00 tapi diaorang hantar untuk RM2 aja. Pasal rating saya bagi 8.0 out of 10.
Memang tak cukup, so order RM2 lagi. Cepat aja habis, makan petang ok juga. Anyway selain tauhu dan keropok lekor, kat sini ada jual burger dan makanan panas lain. Bila nak balik tapau pula RM3. Memang boleh datang lagi lain kali untuk menikmati keropok bersama jus buah di Datuk Keramat ni.

9 comments:

ISZA said...

Nmapak sedap dan bila tengok rating yg diberi.. ermmm.. sedap nii..

Aisy Nasiha said...

berkenan kat tauhu bakar tu....nampak sedap je..

eiela said...

berkenan tengok buah-buahan tu. belimbing tu nampak sedap je.

hazman aka species1980 said...

makan kepok lekor sambil layan game kelantan vs ganu ...cicah colek baru la best bro...

Juadah said...

pernah pi air gelas besar ni zaman dating2 dulu..hehe. tapi tak ingat dah makan apa..

ise219 said...

saya biasa lepak kedai ni sambil layan air buah dengan tauhu bakar, memang best!!

Shella Rahmat said...

ada satu lagi air buah yg sedap.. name air buah tu kalau tak silap Madu 3..

ichbinheidi said...

Tauhu bakar dia memang terbaik! Nasi campur untuk makan malam pun boleh tahan... dulu masa saya kerja dekat-dekat KLCC selalu singgah makan sini lepas balik kerja, sebab lauk-pauk dia mengingatkan saya pada masakan mak :)

Jus buah kegemaran: ciku, mango, dragonfruit. Yummeh sangaaat...

LeeZ said...

Napa tak cuba sekali satay kat kedai tu... sedap jugak!!!