Pages

Monday, April 22, 2013

Jom Lunch di Anggerik Terrace Hotel UITM Shah Alam

Hari tu pi Shah Alam, so singgah cari makan kat Hotel UITM.
So pi le jalan-jalan cari makan kat Anggerik Terrace. Jom kita tengok makanan apa yang ada kat sana.
Ni just menu ya, belum tengok kat dalam lagi ya.
Nampak tak apa yang saya nampak? Kalau tak nampak cuba besarkan ya, starter ada, soup ada pilihlah yang mana berkenan di hati ya. 
Kalau yang minat masakan barat, no problem, ada aja kat sini.
Yang local pun ada, anybody nak cuba nasi goreng?
Sebut pasal pencuci mulut, banyak gak pilihan dengan harga yang berpatutan.
Ni pula air panas or sejuk.
Kalau nak makan nasi putih ngan lauk pun ada. Jom kita tengok apa yang kitaorang makan hari tu.
Tunjuk dessert dulu le ya. Yang ni chocolate lava @RM8.90, muffinnya berperisa coklat then diletakkan aiskrim kat atas dan sos coklat membasahi makanan ni. Boleh tahan juga, tak terlalu lemak macam kat sesetengah tempat.

Muffinnya memang panas dan bila campur dengan aiskrim memang perfect. Secara keseluruhan saya bagi 7.9 since aiskrimnya cair sedikit.
Banana boat kat sini sedap juga @RM7.90. Diletakkan bersama cookies yang dipotong dua. Yang ni pisangnya lembik sedikit maybe sebab terlebih masak tapi secara keseluruhan OK juga dengan harga ni. Hmmmm, bagi 7.4 ok kot untuk menu ni.
Strawberry choco, hmmmm begitulah namanya, kiranya ice-blended ala-ala strawberi le. Memang sedap dan teksturnya memang lembut dan tak terlampau sejuk macam kat sesetengah tempat sampaikan tak boleh nak telah. Benda alah ni berharga RM9.90. Hmmm, rating untuk benda alah ni ialah 7.7 out of 10 ya.
 Soup ni percuma aja sebab ada promosi bulan ini bila kita beli masakan barat. Sedap dan sukar digambarkan dengan kata-kata. Memang layak bagi 8.0 out of 10.
 Yang ni namanya Chicken Napolitana. Macam-macam nama diberi. Actuallay ianya adalah spaghetti dan ayam yang digrill. Harga untuk menu ni adalah RM13.90. Memang kuahnya pekat dan rasa tomato yang enak.
Habis comot Afiqah makan benda alah ni. Memang dia suka betul ngan spaghetti ni. Ayamnya just OK. Secara keseluruhan ianya 7.6 out of 10.
Yang ni pula mushroom chicken. Chicken chop le senang kira. Tapi sosnya mana? Diaorang cakap sosnya dah meresap, macam tak ada aja. So kitaorang minta sos lain. Yang kecil-kecil atas ayam tu macam ubi kentang or ubi kayu yang dihiris kecil. Yang ni pula RM16.90. Yang ni biasa aja, so bagi rating 7.3 out of 10.
Ni adalah nasi goreng pagodo @RM12.90. Ayamnya memang saya suka betul, ianya garing dan terasa rempahnya, ditambah pula dengan acar dan keropok dan lada, menjadikan ianya suatu hidangan yang baik. Nasinya digoreng ala-ala cina. Then yang bagusnya ada hirisan telur dadar. Memang sedap menu ni. Rating untuk nasi ni saya bagi 7.7 out of 10.

Anyway bahagian untuk makanan memang banyak so kenyang betul makan kat sini.
 Untuk menu kat atas ngan air milo semuanya adalah lebih kurang RM80. Kalau nak air masak ianya free ya. Anyway dapat tahu mengenai Anggerik Terrace daripada nadot-"Murah dan Sedap"

3 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

eeh...xpernah taw rietta...murah juga hrganya...

veesandii said...

assalamualaikum ... banyak student keje kat dalam tuh ... ok gak menu nya ...

kakinakl.com said...

jauhlah pulak nak gi situ